| jolokan | perbuatan menjolok (memancing-mancing keterangan dll, menduga hati orang dsb): dia dapat berasa ~nya tentang tanggungjawab Yang Berhormat itu terhadap rakyat telah mencuit hati orang besar itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berhad | berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tanggungannya terbatas kpd modal dan hartanya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemiliknya atau pemegang sahamnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| telapakan | 1. tapak kaki, tapak tangan: dia meletakkan wang itu ke ~ tangannya; 2. Id lapisan yg tebal pd tayar basikal (kereta dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| telapak | telapakan 1. tapak kaki, tapak tangan: dia meletakkan wang itu ke ~ tangannya; sujud di bawah ~ sujud di bawah kaki (baginda); di bawah telapakan (orang) diperbudak-budakkan orang; duli telapakan ke bawah duli (paduka); telapakan kaki a) tapak kaki; b) anak tangga yg di bawah sekali; 2. Id lapisan yg tebal pd tayar basikal (kereta dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| reput | buruk atau lapuk (kayu, kain, dll): pokok itu direndam dlm air sehingga ~ dan tanggal segala bahagian yg lembut dan isi batangnya; ~ fros kemusnahan tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg pernah dialami oleh pendaki gunung); ~ relai rosak berpisah-pisah kerana busuk atau lapuk (kain, kayu, dll); mereput menjadi reput; mereputkan menyebabkan menjadi reput: hidupan seni memakan dan ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg mati; reputan benda yg reput: tumbuhan itu hidup di tanah yg kaya dgn ~ benda-benda organik; kereputan perihal (keadaan) reput; pereputan perihal (proses dsb) menjadi reput: karbon dioksida terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yg mati dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hayat I | Ar ada nyawa pd badan, hidup; ilmu ~ pengetahuan tentang makhluk hidup (binatang dan tumbuhan), kaji hayat, biologi; selama ~ dikandung badan selagi hidup; tanda ~ cenderamata; mendapat ~nya sl mengalami sendiri; menghayati mengalami dan merasai (dlm batin), meresapkan ke dlm jiwa: matlamat akhirnya ialah utk ~ nilai-nilai akhlak; penghayatan perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dlm batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd pembaca; inti karya seni adalah ~ penciptanya; aspek-aspek penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi; penghayat orang yg menghayati sesuatu (cerita, peristiwa): kita sbg pembaca dan ~ harus lebih teliti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| had | 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tanggungannya terbatas kpd modal dan hartanya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemiliknya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (banyaknya, luasnya, perenggannya, dll), membatasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntukkan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelanggan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan keamanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggannya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, keterbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pembatasan: perintah ~ kediaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mempertanggungjawabkan | 1. memberikan jawaban dan menanggung segala akibatnya (sekiranya tidak beralasan, tidak munasabah, dsb): ia mengeluarkan kata-kata yg tidak dapat dipertanggungjawabkan; 2. = ~ kpd memikulkan tanggungjawab (kpd), membebankan tanggungjawab kpd: pendidikan kanak-kanak dipertanggungjawabkan kpd guru; 3. menjadikan bertanggungjawab (atas, terhadap, dll): mereka sama-sama dipertanggungjawabkan oleh agama utk melaksanakan segala perintah Tuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sangkal | ; menyangkal 1 tidak mengakui kebenaran sesuatu; menyatakan bahawa sesuatu itu tidak benar: Beliau telah ~ segala tuduhan yg dilemparkan kpdnya itu. 2 tidak menurut; menentang; melawan: Kita janganlah ~ perintah Tuhan. sangkalan kata-kata, perlakuan dsb utk menyangkal; bantahan: ~ yg dibuat berdasarkan kajiannya. penyangkalan perbuatan atau hal menyangkal. penyangkal orang atau pihak yg menyangkal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| rupa | 1. perihal sesuatu benda yg kelihatan dr luar, sifat sesuatu pd lahirnya: kepala binatang itu ~nya spt kuda; tidak memandang ~ tidak mempedulikan keadaan dr luar, tidak mengendahkan; ~ bentuk rupa dan bentuk (sifat dan keadaan) sesuatu (benda); 2. = ~ muka rautan muka, paras muka, roman muka, tampang muka: perempuan yg elok ~nya; ada ~ cantik; 3. apa yg tampak (kelihatan), wujud: tamsil spt matahari dgn cahaya dgn panas, namanya tiga, ~nya tiga, hakikatnya satu juga; 4. bangun, bentuk, tokoh: menara itu ~nya spt roket; dapatlah kuturut ~ huruf sedikit-sedikit tetapi dgn kasarnya; 5. bagai, jenis, macam: siap sedia segala ~ juadah utk hari raya; mengapa gerangannya hal ini demikian ~;~ bangsa a) kerakyatan, kewarganegaraan; b) sifat-sifat (cara hidup dll) bangsa; ~ bumi lukisan atau gambaran bentuk muka bumi pd peta, topografi; ~ taip muka taip; ~ boleh diubah, tabiat dibawa mati prb terlalu susah hendak mengubah tabiat; ~ harimau hati tikus prb nampaknya gagah berani tetapi sebenarnya penakut; bagai ~ orang terkena beragih prb muka masam kerana rugi dll (ketika berbagi barang-barang syarikat); indah khabar dr ~ prb khabar selalunya lebih baik drpd keadaan sebenarnya; rupanya 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali menggunakan perkataan “utas” dlm kamusnya; 3. agaknya, kiranya, barangkali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya, sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda; serupa 1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya, warnanya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~ pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn), sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah ~ dgn “House of Commons”; 4. sebagai, selaku, seperti: langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya), sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ; berserupa sama rupanya, bersamaan; menyerupa Mn berlagak atau berlaku spt, merupakan diri spt, menyamar (menyaru) spt; menyerupai 1. serupa dgn, mirip dgn, hampir menyamai, mengarah-arahi: hulunya diperbuat drpd kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; 2. sama dgn, menyamai: Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yg baharu; sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika; 3. Jk meniru(-niru), menyama-nyamai: lakunya ~ orang tuanya; menyerupakan 1. menjadikan serupa (dgn), menyamakan (rupanya, aturannya, dll): sistem dan kadar kutipan zakat itu haruslah diserupakan; 2. mengatakan sama (dgn), menganggap sama (dgn), memisahkan sama (dgn): ia diserupakan dgn kanak-kanak sekolah menengah sahaja; keserupaan kesamaan rupa: sebutan dua ~ dlm cara pembiakan ayam dan katak; perserupaan persamaan rupa, persesuaian, persetujuan; rupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam (rupa, bentuk): dikumpulnya ~ barang lama; rupa-rupanya 1. agaknya, barangkali, kalau-kalau, kiranya: ~ rundingan damai di Paris itu tidak sampai ke mana; 2. sebaliknya, melainkan: yg disangkanya boleh mendatangkan keberuntungan ini ~ tidak demikian jadinya; berupa 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud: roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuknya (bangunnya) sbg: lambang negaranya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~ mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg mengandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6. berkelakuan, berperangai: orang yg sistem sarafnya terganggu itu ~ spt orang mabuk; berupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam, berjenis-jenis; merupa 1. menjadi ada, berwujud, memperlihatkan diri (hantu, jin, roh, dll); 2. nampak membayang (dlm mimpi, angan-angan, dll); merupai menyerupai (mengarah-arahi, mirip dgn): rajah itu tidak ~ bulatan tetapi lebih mendekati segi empat bujur; merupakan 1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; terupa boleh dirupakan (diwujudkan, diangan-angankan): ~ di hadapannya wajah anaknya yg nakal itu; tidak ~ oleh akal tidak masuk akal; rupa-rupaan sl ark rupa-rupa, berbagai-bagai (rupa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |