| wang bandar | wang yg dipertaruhkan dlm perjudian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tagan | 1 wang, barang dll yg dipertaruhkan ketika bermain judi; pertaruhan. 2 sesuatu spt guli, kepingan kayu yg digunakan sbg pelontar dlm sesuatu permainan; gundu. bertagankan menggunakan sesuatu sbg tagan: Dia ~ guli merah semasa bermain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tentangan | 1. darihal, tentang; 2. apa yg dipertaruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumahkulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberikan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, penampilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menumiskan | memasukkan sesuatu (lauk, sayuran, dll) ke dlm minyak atau lemak yg telah dipanaskan: jerangkan periuk ke api, taruhkan minyak kelapa ke dalamnya, apabila sudah panas tumiskan bawang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tumis | sj masakan (sayur, ikan, dll) yg peren-cahnya direndang dgn minyak atau lemak terlebih dahulu; sambal ~ sambal yg dimasak dgn minyak dll (tidak mentah); bertumis dimasak (direndang dsb) perencahnya dgn minyak atau lemak; menumis memasak (lauk, sayuran, dll) dgn menggunakan minyak atau lemak: hari itu dia hendak ~ ikan bilis sama petai; menumiskan memasukkan sesuatu (lauk, sayuran, dll) ke dlm minyak atau lemak yg telah dipanaskan: jerangkan periuk ke api, taruhkan minyak kelapa ke dalamnya, apabila sudah panas tumiskan bawang; tumisan hasil menumis: apabila nasi hampir kering, masukkan ~ sayuran itu bersama-sama dgn udang dan dikacau rata-rata; penumis; minyak ~ minyak (lemak) yg di-gunakan utk menumis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| wang I | 1. alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, duit: satuan ~ negeri kita ini ialah ringgit dan sen; 2. ki gaji, harta, kekayaan, pendapatan, upah; ~ buta wang yg diberikan kpd orang yg tidak bekerja selama menanti pencen, gaji buta; 3. sl duit yg bernilai satu pertiga tali: pd masa itu di Melaka, segala jenis makanan pun mahallah, telur ayam tiga buah dua ~, dan ayam seekor satu rupiah; tiga ~ setali; ~ adat Id wang utk perbicaraan di mahkamah; ~ bandar wang yg dipertaruhkan dlm perjudian; ~ belanja a) wang utk kegunaan hari-hari; b) ark gaji; ~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yg dibayar dahulu utk menandakan setuju membeli (menyewa) sesuatu barang, panjar; ~ duduk (sidang) Id wang upah utk anggota dewan dll ketika menghadiri persidangan; ~ duka (sungkawa) Id wang yg diberikan kpd ahli waris yg meninggal semasa mengerjakan tugasnya; ~ hangat (Eko) wang yg beredar (dr negeri ke negeri) kerana kadar bunga yg rendah; ~ hantaran wang yg dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan (dlm perkahwinan); ~ jaga-jaga (cadangan) wang persediaan utk digunakan apabila diperlukan; ~ jantan Id wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ jalan wang utk bekal dlm perjalanan; ~ jasa a) wang yg diberikan sbg pembalas jasa; b) bunga wang, faedah; ~ kancing sj wang utk jaminan; ~ karun a) wang yg terjumlah dlm harta karun; b) wang yg diperoleh secara haram; ~ kecil (pecah-receh) duit yg rendah nilaiannya (sen dll); ~ keras wang yg tetap nilaiannya (dlm pertukaran antarabangsa); ~ kertas wang yg berupa kertas; ~ kontan Id wang tunai; ~ kopi (jerih, sirih, teh) wang yg diberi sbg hadiah (kerana mengerjakan sesuatu); ~ kuliah Id wang perbelanjaan belajar di sekolah tinggi; ~ kunci (tiap) wang yg dibayar kpd tuan rumah yg disewa rumahnya; ~ lembur Id wang upah kerana kerja lebih masa; ~ logam (emas, perak, dll); ~ luar wang (pendapatan) yg diterima hasil membuat kerja luar; ~ mahar (wang) mas kahwin; ~ makan wang bayaran makan (semasa menjalankan tugas); ~ meja Id wang pembayaran perbicaraan di mahkamah; ~ panas a) (Eko) wang yg dipindahkan dr sebuah negara ke sebuah negara yg lain, atau dr satu jenis pelaburan yg lain, utk mendapatkan kadar pulangan yg terbaik; b) Id wang pinjaman dgn bunga yg banyak; c) Id wang yg berlebih-lebih (dlm peredaran); d) Id wang yg senang dapat dan senang habisnya; ~ pangkal wang yg harus dibayar dahulu ketika mulamula masuk persatuan dll (bayaran masuk); ~ perlindungan wang yg dibayar oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan atau nyawanya dsb tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng; ~ pertaruhan wang yg dibayar sbg tanda sanggup menerima sesuatu tawaran (menjadi ahli dll); ~ plastik ki kad kredit; ~ poket bp = ~ saku wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ pokok wang yg menjadi modal dlm perniagaan; ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn mengenakan komisen; ~ ringgit a) sl sj mata wang drpd perak; b) satuan mata wang Malaysia; c) segala macam kekayaan; ~ sagu hati a) wang yg diberikan sbg membalas jasa; b) wang yg diberikan kpd ahli waris anggota (polis, tentera, dll) yg meninggal semasa bertugas; ~ sekolah wang bayaran sekolah; ~ sembah Jk wang yg diberikan oleh pihak laki-laki kpd bakal mentua sesudah pinangan diterima; ~ syiling duit kecil yg dibuat drpd logam; ~ simpanan wang yg disimpan utk masa depan; ~ sogok (sorok, suap) wang yg diberikan utk menyogok (menyuap); ~ songsongan wang berlebih yg ikembalikan selepas membayar (sesuatu): ~sumbangan wang yg diberikan sebagai hadiah (sumbangan); ~ tambang wang utk membayar sewa atau tambang (kenaikan); ~ tegur (penegur) Jk wang yg diberikan kpd isteri utk memulakan pergaulan sbg suami isteri; ~ tengahan Id setengah rupiah, suku (50 sen); ~ terjun Id wang tambahan utk ahli pasukan payung terjun; ~ tinta wang upah kpd orang yg membuatkan surat (menandatangani surat keterangan dll); ~ tunai wang yg boleh digunakan pd bila-bila masa; ada ~ abang saya, tak ada ~ abang paya (payah) = ada ~ abang sayang, tak ada ~abang melayang prb orang yg disukai semasa ia kaya (berharta) sahaja; setali tiga ~ prb sama sahaja keadaannya (halnya); wang-wangan mata wang tiruan, wang palsu; berwang 1. mempunyai wang: dia tidak ~, satu sen pun tidak ada; 2. ki kaya, berharta; mengewangi memberi modal kpd, membelanjai, membiayai;mengewangkan menukarkan kiriman wang dll dgn wang; kewangan perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yg berkaitan dgn wang; Kementerian K~ ementerian yg menguruskan wang negara; kesukaran ~ kesukaran (kekurangan) wang dll; perwangan keadaan dan pengurusan wang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tentang | 1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg tergantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; 2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. = tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal ..., perkara ...: kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7. akan ..., dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ pen-jelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas): rumah dia ~ benar dgn rumah saya; bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak ~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke), menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandang-pandangan; b) bertemu muka; bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, kedudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. berlawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menampik, mendaga, menolak (cadangan dll), menyanggah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperikemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-peraturan bekerja ini akan didera; 6. menghadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa; menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksamana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; mempertentangkan menjadikan bertentangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), terlihat, terpandang; 2. dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat (dipan-dang); b) = tidak ~ muka tidak berani ber-hadapan muka; tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg dipertaruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumahkulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberi-kan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, penampilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;pertentangan 1. perihal bertentang, perlawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; penentangan perihal (tindakan dsb) menen-tang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~; penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |