| lempeng | (lémpéng) 1. sesuatu yg pipih (spt tembakau dll): tembakau ~; 2. sj kuih yg pipih dan nipis (yg diperbuat drpd tepung dll); 3. kepingan (besi, kaca, dll) yg nipis; melempeng membuat kuih lempeng; perutnya ~ perutnya kempis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sentil I | ; ~ tembakau songel drpd tembakau, sugi; tersentil tersembul (tersempil) sedikit: songel yg ~ di bibirnya itu ditenyeh-tenyehkannya terus tanpa menghiraukan pertanyaan suami-nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tepek I | (tépék) barang yg tipis yg melekat atau menempel (tanah liat, kapur, koyok, dll): beberapa ~ koyok; se~ tembakau selempeng tembakau; gula ~ gula kelapa atau enau (yg dituang dlm acuan yg tipis); bertepek menempel, melekat: usahalah membersihkan arang yg ~ di bawah periuk belanga itu; bertepek-tepek terpalit oleh lumpur (tanah liat dll), comot, kotor: apabila basah rambut itu ~ spt ditampal koyok; menepek, menepekkan menampalkan, melekatkan: kertas itu ditepek di dinding rumah-nya; penepek alat yg digunakan utk menepek sesuatu: ~ digunakan utk menepek bahagian luar bagi menghasilkan bentuk yg dikehendaki; tempek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tersua | boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daunnya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rokok keretek | Jw sj rokok yg mengandungi tembakau bercampur cengkih: asap rokok ~nya itu dihembuskannya berkepul-kepul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keretek | (keréték) Jw sj rokok yg mengandungi tembakau bercampur cengkih: asap rokok ~nya itu dihembuskannya berkepul-kepul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sugi I | 1. = pesugi bilah kayu dll utk mencungkil gigi, kayu yg (dititik hujungnya) digunakan sbg berus gigi; 2. = ~ landak Mn duri landak; 3. Mn tembakau yg dikemam di dlm mulut, songel: ibunya meneruskan percakapannya sambil memindah-mindahkan ~nya ke kiri ke kanan; bersugi 1. membersihkan (menggosok) gigi dgn sugi: Karim membasuh muka, ~, dan kemudian menghadapi sarapannya; 2. mengemam tembakau sambil makan sirih; menyugi 1. menggosok gigi dgn sugi; 2. mencungkil gigi (sumbu lampu yg pendek dll): ibu tua itu meletakkan anyamannya dan ~ sumbu pelita yg sudah kian malap nyalanya; 3. mengemam atau mengulum sugi (ketika makan sirih). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sepah I | hampas benda yg telah dikunyah dan dihisap airnya (spt tebu, sirih, dll): maka ia pun segeralah santap sirih maka ~nya itu pun diberikan kpd tuan puteri Kuntum Ratna Sari; sepelontar ~ sirih jarak yg dekat sekali; ~ tembakau Kl a) sesuatu yg tidak berguna lagi; b) sampah masyarakat; habis manis ~ dibuang prb digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan; menyepah mengambil sari atau air drpd sesuatu (spt sirih, tebu, dll) dgn mengunyah: apa yg disepah oleh budak itu? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| matang I | 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll); mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadikan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah; kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya; pematangan proses menjadi matang: ~nya mengambil masa kira-kira enam minggu; pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematangkan: bahan ~ dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bersua | 1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daunnya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5. = tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat (ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |