| penenggelaman | perihal (perbuatan dsb) tenggelam, menenggelami atau menenggelamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tenggelam | 1 masuk ke dlm air dan karam (ttg kapal dll): Sampai di kuala sungai, perahu itu dibedil oleh kapal Belanda lalu ~. 2 masuk dan terbenam ke dlm air dll; lw timbul. 3 masuk atau terbenam (ttg matahari). 4 ki hilang atau lenyap oleh sesuatu: Beberapa buah syarikat kerjasama telah ~ kerana pengurusannya lemah. 5 ki terlalu asyik (melakukan sesuatu); leka: Dia ~ dlm lamunannya. ~ punca menjadi bingung. ~ timbul sekejap tenggelam sekejap timbul. menenggelami membanjiri atau menggenangi (ttg air): Banjir yg berlaku baru-baru ini telah ~ beberapa buah kawasan di situ. menenggelamkan 1 menyebabkan tenggelam; mengaramkan: Kapal selam itu telah ~ sebuah kapal musuh. 2 memasukkan atau membenamkan ke dlm air dll: Budak itu ~ sampan mainannya ke dlm air. 3 ki menjadikan tidak kedengaran atau tidak kelihatan; menghilangkan; melenyapkan: Suaranya yg nyaring itu ~ suara orang lain. penenggelaman perihal (perbuatan dsb) tenggelam, menenggelami atau menenggelamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |