Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercepit


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
apit1. berada di antara dua benda (orang dll), tercepit, terhimpit; 2. = apitan perkakas utk menyepit (menghimpit); 3. = pengapit orang yg mengiring raja, ajutan, barang yg di kiri kanan sesuatu; ~ cina a) rotan utk menyepit jari murid yg nakal; b) barang yg dihimpit atau disepit; ~ kanan (kiri) pemain (dlm permainan sepak takraw) dlm barisan hadapan betul-betul ke kanan (ke kiri); ~ khutbah hari raya (sama ada hari raya puasa atau hari raya haji) yg jatuh pd hari Jumaat dan dgn ini khutbah di­baca dua kali pd hari tersebut; ~ lempang a) papan yg di atas lunas (pd perahu); b) pengi­ring raja, ajutan; ~ tempang papan yg me­nutup rangka perahu, badan perahu; apit-apit perangkap tikus (harimau dll); berapit 1. berada di antara dua benda (orang dll); duduk ~ duduk di antara dua orang; 2. berdekatan, berhimpit, bersanding; bintang ~ dua bintang yg berdekatan letaknya; mengapit 1. menyepit, menghimpit, me­nindih; ~ minyak memerah minyak; 2. menempatkan di antara dua benda (orang dll), mengiringi di kiri kanan: semasa dibawa ke penjara, dia diapit oleh dua orang polis; diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali prb perempuan yg tidak diberi nafkah oleh suaminya tetapi tidak pula diceraikan; memperapitkan merapatkan, menghimpit­kan; apitan 1. perkakas utk menghimpit (mengem­-pa, menyepit): ~ minyak; ~ tebu; 2. (Lin) awalan dan akhiran yg diberi serentak pd sesuatu kata (mis ke...an, pe...an, dll); pengapitan perihal mengapit; pengapit 1. perkakas utk mengapit; 2. picitan (dgn jari); 3. orang di kiri kanan pengantin; 4. pembantu, ajutan, apit.Kamus Dewan Edisi Keempat
mutu IIdlm keadaan yg berbahaya (raja dlm permainan catur), tercepit.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas