| rentang | terhulur panjang, terhulur memanjang; se~ perjalanan Mn beberapa lamanya (jauhnya) berjalan; se~ ayam selama (sepusing) menyabung ayam; merentang 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); ~ antap ark memotong (memintas) jalan; ~ jalan membuat jalan; ~ jambatan membuat jambatan; ~ panjang menghuraikan (menceritakan) panjang lebar; merentangi 1. merentang pd: mereka membina sebuah jambatan gantung yg ~ sungai; jalan kereta api Trans-Siberia yg lurus ~ kawasan ini; 2. menghalangi, merintangi: beberapa banyak kesukaran yg ~ usahanya telah dapat diatasi; merentangkan 1. menarik atau memasang kawat (benang, tali, dll) tegang-tegang, meregangkan: ~ kawat; ~ tali; maka diregangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu dan direntangkannya; 2. menghulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dll: ia mulai bergerak, ~ tangan, dan menganjurkan kaki; 3. menerangkan dgn panjang lebar, menghuraikan: pandai ~ cerita; terentang 1. sudah direntangkan, terbentang: gunung itu ~ dr utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang, terhalang; perentangan perbuatan dsb merentangkan: kegiatan pengedaran dan penampalan poster dan ~ sepanduk di merata-rata tempat; perentang sesuatu (benda atau orang) yg merentang (menghalang), penghalang: rantai ~ itu dapat diputuskan; kenangan hitam itu berjaya menjadi ~ utama bagi Babu drpd berkahwin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terlunjur | terhulur ke depan (ttg kaki); terbaring mengunjur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| terjuntai | terhulur ke bawah (tanpa mencecah tanah dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| gedang | terhulur atau terentang (ttg tangan atau kaki). menggedangkan menghulurkan (tangan atau kaki) lurus-lurus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| terunjur | terhulur kaki (sewaktu duduk), terlunjur kaki: duduk dgn kaki ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terjuntai | terhulur ke bawah (tanpa mencecah tanah dsb). | Kamus Pelajar |
| gedang | terhulur atau terentang (ttg tangan atau kaki). menggedangkan menghulurkan (tangan atau kaki) lurus-lurus. | Kamus Pelajar |
| tergapai-gapai | terhulur-hulur tangan utk mencapai atau utk memegang sesuatu: Kedua-duanya ~ apabila perahu itu terbalik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| terlunjur | terentang, terhulur (kaki), terbaring mengunjur: di atas kaki yg ~ itu, anaknya meletakkan kepalanya; unjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tergapai-gapai | terhulur-hulur tangan (hendak mencapai sesuatu): Bidin ~ dlm laut yg sedang berkecamuk itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |