| mengucap | 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melain-kan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang se-orang yg tidak dikenali dan ~ salam pada-nya; kotor spt babi, adalah satu perum-pamaan yg diucapkan orang; 3. = meng-ucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan, melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato; 5. = meng-ucapkan melahirkan perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| masakan | mana boleh, tidak akanlah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tumbuh, ~ bumi tidak terima; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| masa II | = masakan mana boleh, tidak akanlah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tum-buh, ~ bumi tidak terima; ~ bodoh a) tidak mempedulikan apa-apa; b)terserah; bersikap ~ bodoh tidak mempedulikan atau mengendahkan (hal orang lain dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| timbang | sama berat, imbang, timbal; batu ~ benda yg digunakan utk mengukur berat barang lain; ~ terima saling menerima, penyerahan dan penerimaan (tugas, jawatan, tanggungjawab, dll); ~ tunai pembelian tunai; setimbang 1. sama beratnya; 2. sama kedudukannya, setaraf (sedarjat, sepangkat, dll): manakan ~ anak raja dgn orang kebanyakan? 3. seimbang, setimpal (hukuman, hadiah, dll), sepadan, sebanding: penghormatan yg diberi kepadanya ~ dgn jasanya kpd negara; 4. stabil (keadaan), tetap (tidak berubah-ubah): keadaan tidak ~ dlm ekonomi Malaysia boleh disebabkan oleh turun naik harga getah dan bijih timah; setimbangan sesuai dgn; menyetimbangkan menjadikan setimbang (seimbang, sama berat, dll); kesetimbangan 1. perihal (keadaan) setim-bang, keseimbangan; 2. ketenteraman (fikiran, perasaan, dll), kestabilan (keadaan): ~ keadaan politik dan ekonomi; bertimbang berimbang, bertimbal: keuntungan itu ~ dgn kerugian; ~ rengka bertimbal rengka; ~ tanda bertukar tanda (ketika bertunang); ~ tunai prb men-jawab dgn tepat; bertimbang-timbang berkira-kira atau ber-fikir-fikir (tentang buruk baik sesuatu): Zainab takjub sendiri kenapa dia tidak ~ menerima sahaja segala pelawaan itu; bertimbangan 1. berimbangan, berpadanan, berpatutan, bersesuaian; 2. bersambutan, berbalas-balas, saling bertukar; ~ kata berbalas-balas kata, jawab-menjawab; ~ pandang bertukar pandang, saling ber-pandangan; ~ rasa bertimbang rasa, bersimpati; ~ tanda bertukar tanda (sbg tanda sudah bertunang); ~ taruh menyamakan taruh (taruhan); ~ terima menjalankan timbang terima (penyerahan dan penerimaan tugas dll); menimbang 1. menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dgn menggunakan dacing dll): pekedai itu ~ gula sebanyak yg dikehendaki pembelinya; 2. memikirkan (merenungkan) dgn teliti akan baik buruk sesuatu: janganlah awak susahkan perkara saya itu, saya boleh ~nya sendiri; ~ perkara meneliti (mengadili) perkara; 3. mengingat (akan), mengenang (akan), mengacuhkan, mengendahkan: ~ keadaan yg genting ini, tindakan harus diambil dgn tegas; tahu ~ rasa a) halus perasaan hatinya; b) ada atau menaruh belas kasihan, berlaku adil; ~ sama berat prb menghukum dgn adil; timbang-menimbang 1. memikirkan baik-baik, meneliti atau mengkaji (cadangan, masalah, dll), memikirkan berulang-ulang; 2. dgn memperhitungkan (mengingatkan) perasaan orang, menimbang rasa; menimbangkan 1. menimbang; 2. = mem-pertimbangkan memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll): kerajaan sedang ~ permintaan orang-orang yg berkehendakkan tanah; kepentingan orang lain harus juga dipertimbangkan; 3. menimbang utk; mempertimbangkan 1. memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll), menim-bangkan; 2. memberikan utk ditimbangkan, meminta utk ditimbangkan: peraduan novel itu dipertimbangkan kpd Dewan Bahasa dan Pustaka; timbangan 1. imbangan, banding, tara; ~ badan (nyawa) kekasih; ~ kira-kira keterangan yg menunjukkan imbangan antara harta dan tanggungan, kunci kira-kira; batu ~ = anak ~ batu menimbang, anak dacing; 2. alat utk menimbang (spt dacing dll); 3. hasil menimbang, (ukuran) berat: harga ditetapkan menurut berat ~ dacing; kalau alat menimbang tidak baik, ~ yg tepat tidak akan diperoleh; 4. = pertimbangan fikiran (pendapat) yg memperhitungkan buruk baik dll sesuatu: undang-undang hanyalah membuat ~ yg adil dan saksama antara hak seseorang dgn hak awam; bagaimana ~nya apa pendapatnya (nasihatnya); terserah kpd ~nya sendiri ia sendiri yg harus memikirkan dan memutuskannya; ~nya berat sebelah prb tidak adil; pertimbangan fikiran atau renungan mengenai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita; permohonan itu masih dlm ~ kerajaan masih dlm perhatian (penelitian) kerajaan; dewan ~ dewan penasihat; penimbangan 1. perihal menimbang: neraca kimia ini ialah sejenis alat penimbang yg terlalu tepat ~nya; 2. tempat menimbang barang; penimbang 1. orang yg tugasnya menimbang, tukang timbang; 2. orang yg mempertimbangkan (meneliti) perkara dll, penasihat: Tok Guru menjadi ~ dan Wan Derus menjadi ketua; 3. alat utk menimbang berat sesuatu, timbangan: selain drpd dacing digunakan juga alat ~ lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tersebut | 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ucap | apa yg dilafazkan, bunyi lafaz, sebutan kata, ujar; ~ jasa kenyataan rasmi tentang jasa atau khidmat seseorang: Encik Arthur Tanner, dr Royal College of Surgeons, Ireland, membaca ~ jasa dlm majlis itu; ~ selamat kata-kata yg disampaikan sbg mendoakan supaya selamat (utk menyatakan tahniah); ~ habis, niat sampai prb hasil yg diperoleh (dicapai) dgn segera (dilaksanakan sesuatu selepas dikatakan); berucap 1. mengeluarkan kata-kata, berkata, bercakap di hadapan orang ramai; 2. ber-syarah, berpidato: beliau akan tiba esok dan ~ dlm satu rapat raksasa di padang Istana Maziah; mengucap 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melain-kan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang se-orang yg tidak dikenali dan ~ salam pada-nya; kotor spt babi, adalah satu perum-pamaan yg diucapkan orang; 3. = meng-ucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan, melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato; 5. = meng-ucapkan melahirkan perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ; mengucapi sl menyebutkan (melaungkan, me-manggil) nama orang; terucapkan dapat diucapkan; ucapan 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peri-bahasa, simpulan bahasa, ungkapan; pengucapan perihal mengucap (mengucap-kan), pelahiran: ~ dua kalimah syahadah; kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyair-nya; ~ mantera sakti; pengucap orang yg berucap: ~nya benar-benar mengetahui apa yg dikehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| balas I | 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| minta | 1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucapkan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk meminta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); minta-minta 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam; meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); memintai memohonkan sesuatu berkalikali, banyak yg diminta, memohon, memohon kpd; memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll); permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhidmatan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sempurna | 1. tidak ada cacat celanya (ke-kurangannya): iman yg ~ dan pekerti yg baik itulah yg kekal; hidup yg ~; 2. lengkap, tidak ada kekurangan: tidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu jika buku itu tidak digunakan; anggota badan-nya tidak ~; 3. baik lagi teratur (latihan dll): upacara itu dilangsungkan dgn cukup ~; 4. sudah selesai (tamat) dgn selamat atau sebaik-baiknya: ~lah sudah tugasnya sbg seorang anak yg telah berjasa kpd ibunya; 5. baik sekali, sesuai: saat yg ~; menyempurnakan 1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerjakan) sesuatu hingga selesai atau tamat, mengurus-kan hingga selesai segala-galanya dgn sem-purna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah datang ~ perkahwinan anak-nya; 3. menunaikan (perjanjian dll), memenuhi (tugas, permintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat) menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd: sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10y; kesempurnaan perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat ke-bajikan; penyempurnaan perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, melengkapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi yg berhubungan dgn masa depan yg segala-galanya memperlihatkan ~ kpd ke-inginannya; penyempurna orang dll yg menyempurna-kan (sesuatu): justeru itu manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan keperluan orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sebut | bp = menyebut; menyebut 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; menyebut-nyebut selalu benar menyebut: mulutnya ~ ibunya; tersebut 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya; sebutan 1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara; penyebutan 1. perihal menyebut: ia ber-kehendakkan ~ dan penggunaan perkataan dgn betul; 2. panggilan, gelaran, sebutan: segala orang dalam, memanggilnya Dato’ Tun, sementara ~ segala anak cucunya Dato’ Putih; penyebut 1. (orang) yg menyebut; 2. Id penyambut dlm angka pecahan (angka 3 dlm angka pecahan ). | Kamus Dewan Edisi Keempat |