| mengglobal | meluas ke seluruh dunia: Tersebarnya wabak penyakit itu telah ~ hingga banyak yg terkorban. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kemazhaban | hal yg berkaitan dgn mazhab: tersebarnya semangat taklid dan fanatik ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| global | 1 bkn dunia seluruhnya: Penipisan lapisan ozon merupakan masalah ~. 2 pd keseluruhannya, pd umumnya. mengglobal meluas ke seluruh dunia: Tersebarnya wabak penyakit itu telah ~ hingga banyak yg terkorban. mengglobalkan menjadikan sesuatu bersifat global: Mereka diminta memandang jauh dan ~ pemikiran mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menggelapkan | 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn mematikan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mazhab | Ar 1. cabang ajaran Islam yg diikuti oleh umat Islam (iaitu mazhab Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki): di Mesir umpamanya pd masa dahulu, mahkamah Syariah se-mata-mata berpegang pd ~ Hanafi; 2. aliran, fahaman, atau ajaran (spt dlm bidang ekonomi dll): ~ laissez-faire; 3. ark ajaran Kristian yg telah menyimpang drpd yg asli: ~ Protestan; bermazhab tergolong dlm, berpegang pd atau menganuti mazhab: rata-rata umat Is-lam Chechnya beraliran Sunni dan ~ Hanafi; dr segi agama, mereka ~ Syafii; kemazhaban hal yg berkaitan dgn mazhab: tersebarnya semangat taklid dan fanatik ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gelap | 1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll): hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan; 4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~ barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yg ditegah oleh kerajaan); ~ buta = ~-guguk = ~-gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar; bergelap berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari peraturan ~ dijalankan; bergelap-gelap tidak dgn terus terang;menggelap 1. menjadi gelap; 2. lenyap, melenyapkan diri; 3. menjadi gelap mata;menggelapkan 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn mematikan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;kegelapan 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata; kegelap-gelapan 1. agak gelap; 2. menjadi gelap mata;penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dll): orang yg terlibat dlm ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |