Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tombak (kata nama)
Bersinonim dengan lembing, cempuling, tempuling, seruit, tohok, arit, kujur, rontak, serampang, sikari, ganjur, jogan, temara, serunjang, tekpi, trisula, tiruk;,
Kata Terbitan : bertombak-tombakan, menombak,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
selang I1. lat (waktu, tempat, dll): ~ beberapa lama dr itu, permaisuri pun hamillah pula; meriam ditembak ~-~ satu minit; 2. = selangan sesuatu yg letaknya di antara benda lain: tanaman ~; ~ surup Jk salah faham; berselang 1. berantara (waktu), ada antara­nya: tiap-tiap hari dia menghantar susu kpd ibu dan bapanya dgn tidak pernah ~; 2. ada selangnya (antaranya): temilang dua ~; sudut yg ~; berselang-selang 1. saling berganti, ber­ganti-ganti, lepas satu yg lain pula: di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. tidak terus-menerus, ada jarak atau antaranya, berlat: maka adalah pekerjaanku itu ~ hari, pd sehari pergi menyalinkan kpd bahasa Melayu dan sehari pergi menga­rangkan dia dlm tempat cap; berselangan menggunakan sesuatu sbg selang: kemahiran orang Mesir menyusun tulang-tulang kecil yg ~ dgn pasak kayu utk mengukuhkannya; menyelang 1. mencelah dgn sesuatu (dlm membuat pekerjaan dll), mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang: di muka pintu, gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dgn bunyi suara orang memanggil; ~ perkataan wazir menteri itu dgn perkataan yg lemah lembut; 2. menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang; menyelangi mencelah dgn sesuatu: bunyi guruh sayup-sayup dgn diselangi angin menderu; kawasan yg tidak ramai pendu­duknya ini kadang-kadang diselangi oleh kampung-kampung nelayan; selangan 1. sesuatu yg letaknya di antara benda lain; 2. lat atau jarak (bkn waktu): bunyi itu terdengar dgn ~ masa yg sama; berselangan ada selangnya, tidak terus-menerus: sekalian hulubalang memegang tombak benderang hingga tiada ~ lagi; perselangan 1. perihal berselang; 2. selang: apabila kita mainkan filem itu, ~ gelap di antara gambar-gambar tidak kelihatan pd layar; penyelangan perihal (perbuatan atau pro­ses) menyelang atau menyelangi; penyelang sesuatu yg menyelang (meng­antarai).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas