| topekong /topékong/ | patung atau gambar yg dipuja-puja di rumah berhala dll. | Kamus Pelajar |
| topekong | /topékong/ patung atau gambar yg dipuja-puja di rumah berhala dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| topekong | (topékong) 1. gambar atau patung yg dipuja-puja (disembah-sembah) di rumah berhala, berhala; 2. rumah berhala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tokong IV | 1. bp topekong; 2. rumah topekong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tokpekong | (tokpékong) ® topekong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pekong I | (pékong) topekong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengorbankan | 1. mempersembahkan sbg korban: ada orang Cina yg ~ makanan kpd topekong; 2. menyerahkan sesuatu (spt wang dll) utk sesuatu tujuan (kepentingan dll): ~ nyawa utk mempertahankan negara; 3. menyebabkan menderita, memusnahkan (merosakkan): mereka sanggup ~ bangsa utk mencapai kemahuan mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| datuk I | 1. bapa kpd ayah atau ibu seseorang; 2. panggilan oleh seseorang terhadap bapa kpd ayahnya (ibunya) atau terhadap seseorang lain yg sedemikian tuanya, aki, kakek; ~ nenek nenek moyang, leluhur; 3. ark panggilan orang ramai kpd anggota polis atau panggilan mata-mata kpd pegawai atasannya; 4. Mn penghulu adat; 5. hantu (puaka, penunggu) sesuatu tempat: ~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yg lalu di situ; 6. topekong, berhala, atau dewa (kpd orang Cina yg mempunyai kepercayaan tertentu); rumah ~ rumah berhala; 7. bp sebutan bagi harimau; ~ betina sl ketua dayang-dayang dlm istana; ~ kayu ark pegawai dan kakitangan jabatan hutan; mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk: Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| korban | Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~; 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan; 3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll): kerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~; 4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa: kau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~; 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa; berkorban 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; mengorbankan 1. mempersembahkan sbg korban: ada orang Cina yg ~ makanan kpd topekong; 2. menyerahkan sesuatu (spt wang dll) utk sesuatu tujuan (kepentingan dll): ~ nyawa utk mempertahankan negara; 3. menyebabkan menderita, memusnahkan (merosakkan): mereka sanggup ~ bangsa utk mencapai kemahuan mereka; terkorban terbunuh, termusnah (kepentingan dll): sepuluh orang askar telah ~ dlm serangan hendap itu; pengorbanan perihal mengorbankan (berkorban): tugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yg terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |