| sesak | 1. tidak lapang (lega, longgar), sempit: bilik itu ~; 2. terlalu penuh (hingga tidak terluang lagi), tumpat (penumpang dlm kenderaan dll): syahadan maka pelabuhan Singapura pun ~lah dgn kapal; 3. tersumbat atau tersekat (perjalanan nafas dll), sendat, senak: nafasnya ~-~ macam dikejar anjing; 4. susah (kehidupan), sempit: ia sentiasa mengambil berat akan ~ sukar dan sakit pening sekalian anak buah; ~ dada (nafas) susah bernafas (kerana sakit, marah, dll), mengah-mengah; ~ kencing berasa hendak membuang air kecil; ~ padat = penuh ~ penuh benar (hingga tidak ada ruangan lagi); ~ berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu prb perihal orang yg tidak dapat melawan seseorang tetapi kerana malunya dilawannya juga; bersesak, bersesak-sesak berasak-asak, berhimpit-himpit, bersempit-sempit: para penonton ramai ~-sesak; ~ bagai ular tidur prb perihal orang yg dlm kesempitan (kerana ditagih hutang dll); menyesak = menyesak-nyesak mengasak, merempuh (di tengah-tengah orang banyak): mata-mata mencuba menyuraikan orang yg ~ di depan rumah; orang itu menyeru kpd seorang pemuda yg sedang ~-nyesak dlm orang banyak; menyesakkan 1. menjadikan sesak (sempit), menyempitkan: tiada ia ~ tempat kita; 2. meminta dgn sangat (supaya mengerjakan sesuatu dll), mendesak: orang kampung ~ dia agar kahwin seorang lagi; 3. menyendatkan (perjalanan nafas dll): hawa terkurung dan lembap di dlm bilik yg kecil itu ~ hidung mereka; 4. menjadikan susah atau sukar (penghidupan), menyukarkan, menyulitkan: jangkanya belum ~, ada lagi harta benda yg boleh dijual atau digadai; tersesak 1. tidak lapang atau tidak lega lagi, terasak, terdesak; 2. dlm kesulitan atau kepayahan: telur biasanya menjadi lauk tambahan apabila kita ~ hendak menjamu rakan-rakan; ~ hidup hidup dlm kesukaran; tersesak-sesak tersekat-sekat (perjalanan nafas dll), teresak-esak (kerana menangis), tersedu-sedu: dia menangis ~ spt budak-budak; ~ padang ke tebing (ke rimba) = ~ undang kpd yg runcing, tak dapat bertenggang lagi prb habis akal bicara hingga tidak ada daya upaya lagi; kesesakan 1. perihal sesak, kesempitan, kesukaran; 2. sangat sesak (sukar, sulit, dll): apabila Datuk Bendahara mendengar perkataan kapitan kapal itu, ~lah ia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mendesak | 1. menolak (menyorong, mendorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya membanyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, perkara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penyamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentulah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. mendorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| langkah | 1. gerak kaki ketika berjalan (ke hadapan atau ke belakang): pasangan suami isteri itu pun berjalan pulang dgn ~ yg berat; 2. jarak di antara dua belah kaki ketika berjalan: ada kira-kira lima ~ ia meninggalkan tangga rumah, ia berhenti; 3. cara mengerjakan sesuatu, sesuatu yg dikerjakan, perbuatan: sejak tadi lagi kuketahui dan kuawasi ~nya; 4. awal perbuatan (perjalanan, pekerjaan, dll); ~ baik (buruk) permulaan yg baik (buruk); ~ bendul a) berkahwin dahulu drpd kakak; b) memperisteri adik sedangkan kakaknya belum berkahwin; ~ gelombang dua belas nama gerak dlm pencak silat; ~ kanan mujur; ~ kiri sial (tidak beruntung); ~ surut undur (langkah ke belakang); mengangkat (membuka, mengambil) ~ seribu cabut lari (kerana takut dll); melangkah, berlangkah 1. menggerakkan langkah, mengayunkan langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2. memulai perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. = melangkahi; 4. tidak mengikut susunan, melangkau: dilangkahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark melalui, menempuh: ~ lautan; melangkahi 1. melampaui, melangkaui: ia terus ~ tangga; 2. melanggar, tidak mengikut tatatertib (peraturan dll), menyalahi: perbuatan spt itu dianggap telah ~ adat Melayu; adat bermain pantai itu sudah menjadi adat pusaka yg tak boleh dilangkahi lagi; ~ bendul langkah bendul; ~ laki bermukah (bkn perempuan yg sudah bersuami); melangkahkan 1. menggerakkan langkah, menggerakkan kaki kerana berjalan: dia ~ kakinya mundar-mandir mengelilingi Kota Melaka; 2. memulakan perjalanan atau pelayaran (perahu dll); langkahan hasil perbuatan melangkah: harimau itu berhenti drpd meneruskan ~ kakinya; kelangkahan 1. suami yg isterinya berlaku curang; 2. didahului adiknya berkahwin, kelampauan; 3. Jk dilangkahi atau dilalui; pelangkahan 1. perihal melangkah (melangkahi, melangkahkan); 2. = pelangkah permulaan sesuatu pekerjaan (pelayaran, tindakan, dll): menurut ilmu ~, ini alamat buruk; pd kali ini, barulah pelangkahnya betul kerana waktu ia sampai, bapanya sudah balik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| desak I | ; berdesak bersesak-sesak, berasak-asak (kerana sempit): orang ~ ketika hendak masuk stadium utk menonton bola sepak; berdesak-desakan bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut (tempat dll): seorang perempuan muda pengsan terbaring kerana ~; mendesak 1. menolak (menyorong, mendorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya membanyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, perkara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penyamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentulah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. mendorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...; mendesakkan meminta dgn paksa, menuntut dgn sungguh-sungguh: orang itu betul-betul ~ kemahuannya sahaja; terdesak 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak; desakan 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~ utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali; keterdesakan keadaan (perihal) terdesak: ~ boleh membawa kesan dlm proses membuat keputusan; pendesakan perihal atau perbuatan mendesak atau mendesakkan; pendesak orang yg mendesak (meminta sesuatu dgn sungguh-sungguh): golongan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tapak I | 1. bidang kaki (kasut, tangan) sebelah bawah, telapak; 2. = ~ kaki bekas kaki, jejak kaki; 3. langkah: belum lagi beberapa ~ kami berjalan aku nampak cahaya lampu suluh dr belakang; 4. bahagian sebelah bawah dr sesuatu, dasar: ~ piramid; 5. ki asas (dasar atau tempat) melakukan atau memulakan sesuatu;~ ani bahagian alat tenun yg dihubungkan oleh belebas; ~ bangunan tanah tempat membina bangunan; ~ besi ladam pd kuku kuda (kasut dll); ~ binaan tempat akan didirikan bangunan dsb; ~ cangkir alas cangkir; ~ catur petak-petak pd papan catur; ~ cindai corak selirat yg cerah (pd kain); ~ itik Kd roda besi pd traktor membajak sawah yg menghasilkan corak spt tapak itik apabila digunakan utk membajak sawah; ~ jalak tanda palang yg hujungnya bercabang; ~ kadam bekas pijakan kaki; ~ kaki a) telapak kaki; b) bekas pijakan kaki; ~ kasut alas kasut; ~ kedidi sj corak membubuh papan utk dinding rumah; ~ kek bangku tempat duduk (pd alat tenun): ~ kuku telapak kaki kuda; ~ lawang cembul pd buah manggis; ~ rata Id telapak kaki yg tidak lekuk-lekuk; ~ rumah tanah tempat mendirikan rumah; ~ semaian tempat menyemai benih atau menanam anak pokok; ~ sulaiman gambar bintang yg bersegi enam; ~ tangan a) telapak tangan; b) Id tandatangan; ~ tukul kesan melakukan sesuatu; tengah ~ bayang tengah hari benar (ketika matahari tepat di atas kepala); tiga ~ bayang-bayang waktu ketika bayang-bayang tiga telapak tangan panjangnya;cium ~ tangan, berbaukah atau tidak prb lihat diri sendiri, terlebih dahulu sebelum mencela orang lain; kecil ~ tangan nyiru saya tadahkan prb menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat atau pertolongan orang;setapak 1. sebesar tapak tangan; 2. sepanjang tapak kaki: alamat akan jauh lakinya yg selama ini belum pernah bercerai dgn dia barang ~ jua; 3. ki selangkah: ~ demi ~ dia undur; ~ jangan lalu, ~ jangan surut prb tetap pendiriannya, tidak berkocak hati atau iman ketika menghadapi sesuatu kejadian;tapak-tapak sj lapik (alas kaki), sandal, selipar, capal;bertapak 1. mempunyai tapak, ada tapaknya: kon yg ~ bulat; 2. berjejak, berpijak, melangkah: seolah-olah kakinya tidak ~; ~ maju melangkah maju; 3. mendapat tempat utk melakukan sesuatu dll: Datuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita; 4. bermula (melangkah dsb) drpd sesuatu pangkalan (dasar, asas, dsb), menjadikan sesuatu asas (dasar dsb) utk melakukan sesuatu (kegiatan, usaha, dsb); 5. = bertapakkan mendapatkan sokongan dr: pemerintahan yg ~ kehendak rakyat; 6. Ml teguh dan kuat kedudukannya (kaya, bangsawan, dll): Kamal dan keluarganya itu orang ~; menapak 1. memijakkan kaki pd, mengenakan kaki pd: kakinya ~ tanah; 2. mengukur dgn tapak (kaki atau tangan); 3. melangkah: dgn langkah yg tidak bermaya ia pun ~lah ke kamar datuk; 4. mengikut jejak (binatang dll); 5. berjalan kaki: dia terpaksa ~ ke surau kerana basikalnya rosak; menapaki menyelidiki, mengusuti; ketapakan = ~ balai = tapakan sl tempat kehormatan di balai penghadapan: bentara seramai empat puluh orang berdiri di ~ balai di saat orang menghadap dan menjunjung duli; pertapakan 1. pelan yg menunjukkan susunan bahagian-bahagian drpd sesuatu; 2. asas kedudukan, tempat bertapak (utk melakukan sesuatu dsb): sementara itu kaum bukan Melayu masing-masing pula amat kukuh ~ masing-masing dlm ekonomi pasaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |