Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
unsur (kata nama)
1. Bersinonim dengan bahagian: bahan asal, zat, elemen, komponen,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan anasir, bahana, gejala, tanda-tanda, punca, sebab, penyebab, petanda, ciri,

Kata Terbitan : berunsur,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyatuorang (faktor dll) yg menyatukan atau menyatupadukan: ciri-ciri yg membeza-kan manusia tetapi yg juga menjadi unsur ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
akulturasipenyerapan unsur-unsur kebudaya­an drpd suatu budaya kpd budaya lain: selagi satu kebudayaan bertembung dgn satu ke­budayaan yg lain, selagi itulah proses ~ dan asimilasi akan berlaku; mengakulturasi menyerapkan unsur-unsur kebudayaan drpd sesuatu budaya kpd budaya lain: TV berperanan ~ penonton-penonton­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sama unsur(unsur-unsur yg) sama sifat kimia nya tetapi berlainan berat atomnya, isotop;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengakulturasimenyerapkan unsur-unsur kebudayaan drpd sesuatu budaya kpd budaya lain: TV berperanan ~ penonton-penonton­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
landskap1. pemandangan alam sesuatu kawasan yg mengandungi unsur-unsur spt bukit bukau, sungai, dan tumbuh-tumbuhan, terutama­nya pemandangan pedesaan; 2. catan, lukisan, dsb yg menggambarkan pemandangan alam; 3. seni taman yg memaparkan ciri-ciri peman­dangan alam.Kamus Dewan Edisi Keempat
kung fuseni mempertahankan diri (terutama­nya di kalangan orang Cina) yg mengandungi unsur-unsur judo dan karate.Kamus Dewan Edisi Keempat
nikrom(Kim) aloi yg terdiri sebahagian besar­nya drpd nikel, ferum, kromium, dan sedikit unsur-unsur lain, mempunyai rintangan elek­trik dan takat lebur yg tinggi dan digunakan sbg dawai elektrik dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
sukuan1. (Mat) bahagian yg besarnya suku drpd bulatan; 2. menunjukkan atau meng­andungi unsur-unsur (ciri-ciri dsb) yg berkait­an dgn sesuatu suku bangsa, yg ada kaitan­nya atau hubungannya dgn sesuatu suku bangsa: bahasa ~; sastera ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
mitos1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur­unsur konsep atau kepercayaan tentang se­jarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kam-pung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut; kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~sumpahan tersebut; pemitosan perihal memitoskan: ada obsesiutk menemukan akar, nostalgia dan akhir-nya ~ tanah asal yg telah hilangKamus Dewan Edisi Keempat
asimilasi1. proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup; 2. Id paduan bunyi (konsonan) spt ahlul-nujum menjadi ahlun-nujum; 3. pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu (spt pemaduan unsur-unsur drpd kebudayaan yg berlainan menjadi satu kebudayaan); berasimilasi berpadu menjadi satu;mengasimilasikan 1. menukarkan makan­an berzat menjadi tisu hidup: jasad kita me­lalui kuasa ghaib yg maha penting, sentiasa ~ bahan-bahan mentah dan mati yg di­terima­nya; 2. menjadikan berasimilasi (ber­padu, menyerap, dll), menyerapkan ke dlm suatu kesatuan (paduan dsb) yg lebih besar;terasimilasi telah diasimilasikan atau berasimilasi: glukos ~; pengasimilasian proses mengasimilasikan sesuatu: bagaimanapun, ~ maklumat itu bukanlah satu tugas yg sukar.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas