| wang pokok | wang yg dijadikan modal dlm sesuatu perniagaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| wang pokok | wang yg menjadi modal dlm perniagaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| wang I | 1. alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, duit: satuan ~ negeri kita ini ialah ringgit dan sen; 2. ki gaji, harta, kekayaan, pendapatan, upah; ~ buta wang yg diberikan kpd orang yg tidak bekerja selama menanti pencen, gaji buta; 3. sl duit yg bernilai satu pertiga tali: pd masa itu di Melaka, segala jenis makanan pun mahallah, telur ayam tiga buah dua ~, dan ayam seekor satu rupiah; tiga ~ setali; ~ adat Id wang utk perbicaraan di mahkamah; ~ bandar wang yg dipertaruhkan dlm perjudian; ~ belanja a) wang utk kegunaan hari-hari; b) ark gaji; ~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yg dibayar dahulu utk menandakan setuju membeli (menyewa) sesuatu barang, panjar; ~ duduk (sidang) Id wang upah utk anggota dewan dll ketika menghadiri persidangan; ~ duka (sungkawa) Id wang yg diberikan kpd ahli waris yg meninggal semasa mengerjakan tugasnya; ~ hangat (Eko) wang yg beredar (dr negeri ke negeri) kerana kadar bunga yg rendah; ~ hantaran wang yg dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan (dlm perkahwinan); ~ jaga-jaga (cadangan) wang persediaan utk digunakan apabila diperlukan; ~ jantan Id wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ jalan wang utk bekal dlm perjalanan; ~ jasa a) wang yg diberikan sbg pembalas jasa; b) bunga wang, faedah; ~ kancing sj wang utk jaminan; ~ karun a) wang yg terjumlah dlm harta karun; b) wang yg diperoleh secara haram; ~ kecil (pecah-receh) duit yg rendah nilaiannya (sen dll); ~ keras wang yg tetap nilaiannya (dlm pertukaran antarabangsa); ~ kertas wang yg berupa kertas; ~ kontan Id wang tunai; ~ kopi (jerih, sirih, teh) wang yg diberi sbg hadiah (kerana mengerjakan sesuatu); ~ kuliah Id wang perbelanjaan belajar di sekolah tinggi; ~ kunci (tiap) wang yg dibayar kpd tuan rumah yg disewa rumahnya; ~ lembur Id wang upah kerana kerja lebih masa; ~ logam (emas, perak, dll); ~ luar wang (pendapatan) yg diterima hasil membuat kerja luar; ~ mahar (wang) mas kahwin; ~ makan wang bayaran makan (semasa menjalankan tugas); ~ meja Id wang pembayaran perbicaraan di mahkamah; ~ panas a) (Eko) wang yg dipindahkan dr sebuah negara ke sebuah negara yg lain, atau dr satu jenis pelaburan yg lain, utk mendapatkan kadar pulangan yg terbaik; b) Id wang pinjaman dgn bunga yg banyak; c) Id wang yg berlebih-lebih (dlm peredaran); d) Id wang yg senang dapat dan senang habisnya; ~ pangkal wang yg harus dibayar dahulu ketika mulamula masuk persatuan dll (bayaran masuk); ~ perlindungan wang yg dibayar oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan atau nyawanya dsb tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng; ~ pertaruhan wang yg dibayar sbg tanda sanggup menerima sesuatu tawaran (menjadi ahli dll); ~ plastik ki kad kredit; ~ poket bp = ~ saku wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ pokok wang yg menjadi modal dlm perniagaan; ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn mengenakan komisen; ~ ringgit a) sl sj mata wang drpd perak; b) satuan mata wang Malaysia; c) segala macam kekayaan; ~ sagu hati a) wang yg diberikan sbg membalas jasa; b) wang yg diberikan kpd ahli waris anggota (polis, tentera, dll) yg meninggal semasa bertugas; ~ sekolah wang bayaran sekolah; ~ sembah Jk wang yg diberikan oleh pihak laki-laki kpd bakal mentua sesudah pinangan diterima; ~ syiling duit kecil yg dibuat drpd logam; ~ simpanan wang yg disimpan utk masa depan; ~ sogok (sorok, suap) wang yg diberikan utk menyogok (menyuap); ~ songsongan wang berlebih yg ikembalikan selepas membayar (sesuatu): ~sumbangan wang yg diberikan sebagai hadiah (sumbangan); ~ tambang wang utk membayar sewa atau tambang (kenaikan); ~ tegur (penegur) Jk wang yg diberikan kpd isteri utk memulakan pergaulan sbg suami isteri; ~ tengahan Id setengah rupiah, suku (50 sen); ~ terjun Id wang tambahan utk ahli pasukan payung terjun; ~ tinta wang upah kpd orang yg membuatkan surat (menandatangani surat keterangan dll); ~ tunai wang yg boleh digunakan pd bila-bila masa; ada ~ abang saya, tak ada ~ abang paya (payah) = ada ~ abang sayang, tak ada ~abang melayang prb orang yg disukai semasa ia kaya (berharta) sahaja; setali tiga ~ prb sama sahaja keadaannya (halnya); wang-wangan mata wang tiruan, wang palsu; berwang 1. mempunyai wang: dia tidak ~, satu sen pun tidak ada; 2. ki kaya, berharta; mengewangi memberi modal kpd, membelanjai, membiayai;mengewangkan menukarkan kiriman wang dll dgn wang; kewangan perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yg berkaitan dgn wang; Kementerian K~ ementerian yg menguruskan wang negara; kesukaran ~ kesukaran (kekurangan) wang dll; perwangan keadaan dan pengurusan wang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| wang | alat pertukaran yg mempunyai nilai-nilai tertentu dan diakui sah; duit: Dia telah mendermakan ~ RM10,000/- kpd yayasan itu. ~ belanja wang yg digunakan sehari-hari. ~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yg dibayarkan dahulu utk menandakan persetujuan membeli atau menyewa sesuatu. ~ hantaran wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd pihak perempuan (dlm perkahwinan). ~ kecil (pecah) wang yg rendah nilainya (spt sen). ~ keras wang yg tetap nilainya dlm pertukaran antarabangsa. ~ kertas wang berupa kertas dan mempunyai nilai tertentu. ~ luar wang yg diterima sbg bayaran atau upah membuat kerja luar. ~ panas wang yg berlebih-lebihan dlm peredaran. ~ perlindungan wang yg dibayarkan oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan, nyawa dsb tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng tsb. ~ pertaruhan wang yg dibayarkan sbg tanda sanggup menerima sesuatu tawaran dll. ~ pokok wang yg dijadikan modal dlm sesuatu perniagaan. ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn mengenakan komisen. ~ sagu hati a. wang yg diberikan sbg membalas jasa. b. wang yg diberikan kpd waris anggota polis (tentera dll) yg meninggal semasa bertugas. ~ sogok (suap) wang yg diberikan kpd seseorang (pihak-pihak tertentu dsb) utk menyogok. berwang 1 mempunyai wang: Dia sudah tidak ~ lagi. 2 ki berharta; kaya. kewangan hal-hal yg berkaitan dgn wang: Ia sentiasa menghadapi masalah ~. Kementerian ~ Kementerian yg mengurus wang negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mula | 1. = asal ~ asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke ~nya; 2. yg paling awal, yg dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang ~ wang yg dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa ~nya dia datang ke mari? mula-mula 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang yg ~ sekali mening-galkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi; semula 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; bermula 1. mempunyai mula (awal): penya-kit ini ~ dgn selesema; 2. berpunca, berpangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertamatama: bermula-mula yg masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan berpandang-pan-dangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb), pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya; kebermulaan perihal (keadaan) bermulanya: mustahillah utk mempercayai ~ waktu; mulai 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; memulakan 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula, mengasaskan: me-mang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula melakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan; termula bp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini; permulaan 1. awal, yg awal (pertama) sekali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg mem-buat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata pendahuluan: penyiasatan ~; berpermulaan mempunyai permulaan: se-suatu perbuatan harus ~; pemula 1. orang yg mula-mula membuat sesuatu; 2. sesuatu yg dipakai utk memulakan sesuatu; 3. Id pasukan anak serigala (sebelum pengakap). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bunga | 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya berwarna-warni dan akan menjadi buah: Jangan dipetik ~ itu. 2 gambar atau lukisan sbg perhiasan pd kain dsb: Kain batik ini cantik sungguh ~nya. 3 = ~ wang wang yg diperoleh kerana meminjamkan wang atau kerana memberikan modal; keuntungan drpd modal; faedah: Pinjaman itu telah dikenakan ~ sebanyak lima peratus. 4 ki sesuatu yg dianggap cantik atau menarik: Saodah merupakan ~ yg sedang mekar di kampung itu. 5 tanda atau alamat bermulanya sesuatu: Sudah tampak ~nya bahawa peperangan akan meletus di daerah itu. 6 corak yg timbul pd bahagian luar tayar (utk mencengkam jalan dsb); corak yg timbul pd getah keping (utk mempercepat proses pengeringan): ~ tayar. ~ api a. percikan atau cetusan api. b. sj mercun yg mengeluarkan api yg beraneka rupa dan warna. ~ bahasa kata-kata yg terdiri drpd kiasan dsb utk menyedapkan percakapan atau karangan. ~ bibir a. kata-kata yg manis. b. sesuatu yg selalu dipercakapkan orang. ~ karang sj tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd batu karang. ~ kertas a. bunga yg dibuat drpd kertas. b. nama sj pokok atau bunganya (bunganya tipis), Bougainvillea spp.. ~ kuku bahagian kuku yg keputih-putihan pd pangkal kuku. ~ lagu kata-kata dlm lagu, biasanya yg terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu. ~ lawang a. = ~ pala kulit bunga pala (Myristica fragrans) yg digunakan sbg rempah. b. buah sj pokok yg berbentuk spt bintang (Illicium verum) yg digunakan sbg rempah. ~ mas a. bunga hiasan yg dibuat drpd mas. b. ufti dlm bentuk bunga yg dibuat drpd mas. ~ melur (pekan) nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Jasminum grandiflorum. ~ pamor corak pamor pd bilah keris yg berpamor. ~ pecah periuk a. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna jingga atau merah tua), Ixora coccinea. b. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna ungu kemerah-merahan), Ixora incarnata. c. nama sj tumbuh-tumbuhan atau bunganya (bunganya berjambak-jambak dan berwarna putih), Ixora odorata. ~ rampai campuran carikan beberapa jenis bunga dan daun-daunan yg harum baunya. ~ raya a. nama sj pokok renek atau bunganya, Hibiscus rosa sinensis. b. ki perempuan lacur. ~ raya dadu nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berwarna putih pd waktu pagi dan berubah menjadi merah pd waktu tengah hari), Hibiscus mutabilis. ~ serunai nama sj herba atau bunganya (bunganya berwarna kuning), Weldelia biflora. ~ tanah lapisan tanah yg di atas sekali serta subur pula. ~ tanjung nama sj pohon atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Mimosops elengi. ~ telur telur yg diwarnai atau tidak serta diberi bertangkai atau berbekas dan dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm majlis perkahwinan dsb. bunga-bungaan 1 berbagai-bagai jenis bunga: Kayu-kayan dan ~ ditanam di taman itu. 2 bunga tiruan yg dibuat drpd kertas dsb: Pintu gerbang itu dihias dgn ~ kertas. berbunga 1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. membunga 1 menyerupai bunga bentuknya. 2 membuat corak yg berjalur-jalur pd getah keping dgn menggunakan mesin getah. 3 melarik gambar bunga pd sesuatu yg ditukangi. membungai 1 menghias sesuatu dgn bunga; mengindahkan dgn bunga. 2 menjadikan sesuatu lebih indah atau cantik; menghias. 3 memberikan atau membayar bunga wang. membungakan meminjamkan wang dgn mengenakan bunga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sirih I | sj tumbuhan (pokok renek yg memanjat dan daunnya dimakan dgn pinang, gambir, kapur, dll), Piper spp.; bujur ~ bentuk spt bentuk daun sirih (muka), lonjong lancip ke bawah; menghantar ~ sl menghantar berbagai-bagai barang kpd bakal besan; wang ~ wang upah; ~ air sj sirih, Piper miniatum; ~ berbunga Kl alat perlengkapan utk meminang; ~ carang daun sirih yg muda; ~ duduk sj sirih, Piper sarmentosum; ~ hantu sj sirih, Piper caninum; ~ hutan sj sirih, Piper caninum (curtisii); ~ kaduk sj sirih, Piper caba; ~ kerakap daun sirih yg di bawahnya kasar dan keras; ~ masak sirih selengkapnya (utk dikunyah); ~ Melayu = ~ Cina = ~ hudang sj sirih, Piper betle; ~ murai sj sirih, Piper ribesioides; ~ pinang barang-barang yg dibawa kpd seseorang (sbg tanda penghormatan); ~ rakit Kl susunan daun sirih yg ada seratus dua puluh helai; ~ rimau sj sirih, Piper porphyrophyllum; ~ rimau putih sj sirih, Piper argyrites; ~ seberkas Kl susunan daun sirih yg seratus helai banyaknya; ~ sekapur (setampin) sirih segulung (selengkapnya); ~ sesusun Kd susunan daun sirih yg dua puluh helai banyaknya; ~ tanya sirih selengkapnya yg diberikan kpd ibu bapa anak gadis yg dipinang; ~ berlipat datang sendiri prb a) beroleh keuntungan dgn mudah; b) mendapat orang yg dicintai dgn tidak bersusah payah; ~ naik, junjungan naik prb mendapat untung dan bahagia silih berganti; ~ naik, junjungan patah prb baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula; ~ pulang ke gagang prb kena pd tempatnya; ada ~ hendak makan sepah prb ada yg baik hendakkan yg buruk; seikat bagai ~, serumpun bagai serai prb orang yg bermuafakat benar-benar (seia sekata); umpama ~, menjalar dulu kemudian melilit barulah memanjat ke pucuk junjung prb tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya; penyirih orang yg suka makan sirih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| wang | ~ pokok wang yg dijadikan modal dlm sesuatu perniagaan. | Kamus Pelajar |
| sagu | 1 hati batang pokok palma (spt kabung). 2 = pokok ~ nama sj pokok palma yg hati batangnya boleh dibuat tepung sagu, Metroxylon spp.. 3 = tepung ~ tepung yg dibuat drpd hati batang pokok rumbia dsb. ~ hati a. wang dsb yg diberikan sbg ganti rugi. b. wang dsb yg diberikan sbg menghargai jasa atau tenaga seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| batas | 1 bahagian sawah yg ditambak mengelilingi sesuatu petak utk menakung air dan juga sbg tempat berjalan: Ketika orang ramai sibuk menanam padi, kami bermain berlari-larian di atas ~. 2 bahagian kebun yg ditambak dan digemburkan tempat pokok-pokok ditanam. Di belakang rumah Ahmad, ada empat baris ~ tempat ia menanam terung, lada, kacang dan bayam. 3 garis atau tempat yg menjadi sempadan sesuatu kawasan: Sungai Endau ini menjadi ~ negeri Pahang dgn negeri Johor. berbatas ada batasnya; mempunyai batas. berbataskan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg batas; bersempadankan. membatasi 1 menentukan atau menandai batas sesuatu: Ia ~ kawasan rumahnya dgn pagar berduri. 2 memisahkan antara satu dgn yg lain; mengantarai: Sungai Bernam ~ negeri Perak dgn negeri Selangor. 3 menetapkan banyaknya (jumlahnya); mengehadkan: Kerajaan telah ~ jumlah kereta yg diimport. terbatas tidak boleh lebih drpd yg telah ditetapkan; tidak bebas; terhad: Wang perbelanjaan saya ~ pd RM100/- tiap-tiap bulan. batasan 1 batas; sempadan. 2 had; sekatan. berbatasan 1 ada atau mempunyai batasan. 2 mempunyai batas (sempadan) yg sama: Rumah saya ~ dgn rumahnya. perbatasan batas sempadan: Sepasukan tentera telah dihantar ke ~ Malaysia-Thailand. pembatasan perbuatan atau hal membatasi. pembatas sesuatu yg menjadi batas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |