Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
warna-warni1. berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan warna-warna lain): bangunan yg dihiasi bendera ~; 2. berbagai-bagai ragam atau corak, aneka ragam: ~ dlm puisi Malaysia mutakhir;Kamus Dewan Edisi Keempat
anai-anaisj serangga spt semut, putih warna­nya, membuat sarang dlm tanah atau kayu (makanan utamanya kayu), dan tergolong dlm order Isoptera; busut juga ditimbun oleh ~ prb orang kaya juga yg bertambah kekayaannya atau orang yg pernah bersalah juga yg dituduh jika terjadi sesuatu kejahatan; sbg ~ bubus prb berduyun-duyun, berkerumun (melihat sesuatu dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kain (selendang) pelangikain (selendang) yg bermacam-macam warna­nya: setelah santap lalu memakai pula tengkolok kampuh ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kiak-kiaksj semut yg besar dan hitam warna­nya, cengkiak, kelengkiak, lengkiak.Kamus Dewan Edisi Keempat
serupa1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya, warna­nya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~ pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn), sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah ~ dgn “House of Commons”; 4. sebagai, selaku, seperti: langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya), sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ;Kamus Dewan Edisi Keempat
senam II1. warna biru tua atau biru kehitam-hitaman: airnya keruh bagai air kerak, warna-nya ~ alamat dalam; 2. ark biru pucat; 3. warna asal (pd barang-barang yg disadur); hilang sepuh nampak ~ prb sesudah terbuka rahsia, diketahui kejahatan (kekurangannya).Kamus Dewan Edisi Keempat
pelangi I1. cahaya yg melengkung dan ber­macam-macam warnanya di langit, benang raja, bianglala, ular danu; 2. ki warna yg bermacam-macam; 3. = kain (selendang) ~ kain (selendang) yg bermacam-macam warna­nya: setelah santap lalu memakai pula tengkolok kampuh ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
hijau1. warna spt warna daun atau rumput (banyak peringkatnya); ~ bemban (warna) hijau yg pekat atau yg gelap spt bemban; ~ daun a) (warna) hijau spt daun; b) sj pigmen yg terdapat pd daun-daun yg hijau; ~ kepala itik Kl (warna) hijau kebiru-biruan; ~ laut hijau spt air laut; ~ muda = ~ pucuk pisang (warna) hijau yg keputih-putihan; ~ serindit (warna) hijau yg lebih muda drpd (warna) hijau pucuk pisang; ~ tua (warna) hijau yg kehitam-hitam­an; 2. ki masih mentah (dlm berbagai-bagai erti), kurang pengalaman: anak-anak itu masih ~, masih belum mengerti erti hidup; naik kuda ~ ki mabuk; menghijau 1. menjadi hijau (warnanya): padi sedang ~; 2. nampak hijau (warnanya): di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola Kolej Melayu ~ rata; menghijaukan menjadikan berwarna hijau, mewarnakan dgn warna hijau; kehijauan keadaan hijau: beberapa kawa­san yg dulunya megah dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri; kehijau-hijauan agak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit.Kamus Dewan Edisi Keempat
merah I(mérah) warna spt warna darah; ~-~ bahasa agak merah; ~ darah merah spt darah; ~ jambu = ~ muda merah keputih­putihan; ~ kesumba merah tua; ~ lembayung merah bercampur ungu; ~ marak = ~ men-jahang = ~ menyala = ~ merang = ~ murup sangat merah; ~ muka kemalu-maluan; ~ padam merah spt bunga teratai (warna muka ketika marah); ~ pijar sangat panas sehingga membara (logam dll); ~ pulasan merah spt kulit buah pulasan masak; ~ saga warna merah spt biji saga; ~ telinga marah; ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning­kuningan; ~ tua merah kehitam-hitaman; di luar ~, di dlm pahit prb janganlah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasa­nya berisi tipu daya yg busuk; bermerah; ~ muka ki bertengkar (berhujah dll) spt akan berkelahi; memerah menjadi merah: panas matahari sudah mulai mengundur dan di sebelah barat langit sudah mulai ~; memerahi membubuh warna merah pd, mewarnai merah: pipinya dimerahi dgn gincu, pinggangnya diikat ramping-ram-ping; memerahkan menjadikan (menyebabkan) merah, membuat menjadi merah; ~ muka menjadikan muka merah (menyebabkan marah); kemerahan keadaan merah; kemerah-merahan berwarna agak merah, seakan-akan merah: lapisan yg ~; pemerah sesuatu (bahan dll) yg menjadikan sesuatu lain berwarna merah; ~ pipi bahan solek utk memerahkan pipi.Kamus Dewan Edisi Keempat
corak1 gambar-gambar atau ragi pd kain (anyaman dsb): Kain ini tidak berapa bagus ~nya. 2 pelbagai warna pd warna dasar (ttg kain dll): Kain langsir itu tanahnya putih, ~nya merah. 3 ki rupa (bentuk, sifat) yg tertentu: Sejak itu, Aladin yg dahulunya sangat miskin telah bertukar ~ menjadi kaya. bercorak 1 bergambar atau beragi (ttg kain dsb): Kainnya ~ belang sawa. 2 berwarna pd tanah kain: kain merah yg ~ putih. 3 ki berupa (bersifat dll): Orkes itu sering memainkan lagu-lagu yg ~ Timur Tengah. Pemerintahan negara itu ~ demokrasi. mencorakkan 1 memberi bercorak: Kita boleh ~ kain putih dgn berbagai-bagai warna. 2 ki memberikan sifat-sifat tertentu; membentuk: Ibu bapalah yg bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. pencorak orang, faktor, unsur dsb yg mencorakkan sesuatu atau seseorang: Sbg ~ masyarakat, kita bertanggungjawab membela anak-anak yg kurang bernasib baik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234567

Kembali ke atas