| kata kunci dalam konteks(keyword-in-context) | Kaedah pengindeksan maklumat yang mengatur kata atau rangkai kata yang dikehendaki bersama konteks sebenarnya di dalam teks yang dicari. Singkatan KWIC. | Kamus Komputer |
| pengalamatan maya(virtual addressing) | Pengalamatan ingatan yang membolehkan ingatan simpanan sokongan yang besar digunakan bersama ingatan utama yang kecil untuk menyelakukan ingatan utama yang besar. Dengan itu, pengguna sistem mendapat gambaran seolah-olah sistem telah memperuntukkan suatu saiz ingatan yang besar kepadanya sedangkan ingatan tersebut sebenarnya tidak wujud secara fizikal. | Kamus Komputer |
| kuda Troy(Trojan horse) | Atur cara komputer yang berfungsi sebagai umpan seperti kuda Troy dalam dongeng Yunani. Atur cara ini kononnya berfaedah tetapi sebenarnya mengandungi suruhan yang diletakkan oleh pencipta atur cara untuk menceroboh keselamatan sistem komputer apabila atur cara digunakan. | Kamus Komputer |
| angan | 1. fikiran, ingatan, menungan; tidak masuk ~ = tidak lalu ~ tidak masuk akal; 2. Mn maksud, niat; ~ lalu, faham tertumbuk prb menurut fikiran mungkin dibuat, tetapi sebenarnya sukar; angan-angan 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (seseorang yg sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll) yg tidak mungkin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya; ~ hati kata dlm hati; ~ Mat Jenin harapan (atau mengharapkan sesuatu) yg mustahil; mabuk di ~ = dimabuk ~ mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin tercapai; ~ menerawang langit prb mencita-citakan segala sesuatu yg tinggi-tinggi; ~ mengikat tubuh prb menyusahkan diri kerana cita-cita yg terlampau tinggi; berangan-angan 1. mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan, keinginan): ia tidak pernah ~ hidup di kota-kota besar; 2. = mengangan, mengangan-angan membayang-bayangkan berbagai-bagai gambaran di dlm fikiran, berkhayal(-khayal), mengelamun: kadang-kadang terhibur juga hatiku apabila aku ~ menjadi penyanyi; 3. Mn bermaksud, berniat: tidak ~ hendak membalas perbuatan orang terhadapnya; mengangankan, mengangan-angankan 1. mencita-citakan, mengenang-ngenangkan, mengingini: gadis itulah yg diangan-angankan utk dijadikan isterinya; 2. membayangkan dlm fikiran, mengkhayalkan; terangan-angan 1. terfikir, terniat; 2. terbayang dlm fikiran, terlukis dlm khayalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lebih | 1. melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2. sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3. bertambah; kian bertambah; semakin:Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4. (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, =~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1. ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2. banyak sangat:Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1. berlebih banyak:Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya:Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat (banyak dll); sangat banyak:Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1. menjadikan lebih; membanyakkan:Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2. menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1. paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll):Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2. terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yang sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1. sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2. (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya. | Kamus Pelajar |
| rupa | 1 sifat atau keadaan sesuatu benda yg kelihatan: ~ kepala binatang itu spt kepala kuda. Puncak menara masjid itu ~nya spt roket. 2 = ~ muka paras muka; roman muka seseorang: ~nya yg elok itu sangat menawan hati. ~ bentuk rupa dan bentuk. ~ bumi bentuk muka bumi. rupanya 1 kelihatannya; tampaknya: Bagaimana ~ perempuan itu? 2 pd zahirnya; nampaknya: ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu. 3 sebenarnya; sebetulnya: Kusangka dia ada di rumah, ~ dia sudah keluar. rupa-rupanya 1 sebaliknya; melainkan: Saya menyangka bahawa bom yg digugurkan di Hiroshima dan di Nagasaki itu hanya bom biasa, ~ bom itu bom atom. 2 agaknya; barangkali; kalau-kalau: ~ rundingan damai di Paris itu akan berhasil. berupa 1 ada rupanya; berwujud: Roh dpt berfikir dan berperasaan tetapi tidak ~. 2 berbentuk sbg: Lambang persatuan itu ~ bulan sabit merah. 3 terdiri atau terjadi drpd; dlm bentuk: Bantuan ~ wang dan makanan telah diberikan kpd mangsa-mangsa banjir itu. 4 elok rupanya; cantik: Gadis yg berada, berpelajaran dan ~ sukar dicari. merupa memperlihatkan rupanya; menjadi ada atau kelihatan (bkn hantu, roh dll). merupai berupa spt: Penduduk pulau itu ~ orang Melayu. merupakan 1 membentuk atau melukis supaya mempunyai rupa; memberi berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir. ~ diri menampakkan diri; menjelmakan diri: Malaikat Jibrail telah ~ dirinya sbg orang muda yg segak dan bersayap. terupa dpt dibayangkan rupanya: ~ di hadapannya wajah anaknya yg nakal itu. rupawan cantik (bkn rupa seseorang); elok: gadis yang ~. serupa 1 sama jenisnya atau sama rupanya: Kereta saya ~ dgn keretanya. 2 tidak berbeza; sama saja: Perangaimu ~ dgn perangai ayahmu. 3 sama bentuknya, warnanya dll: Mereka memakai pakaian yg ~. Rajah tiga segi ~ ABC dan XYZ. menyerupai menjadi serupa dgn: Janganlah engkau berlagak ~ dia. menyerupakan 1 menjadikan serupa; menyamakan rupanya dll: Orang yg dibunuh itu diserupakan dgn Nabi Isa. Kerajaan telah ~ sistem dan kadar kutipan zakat di seluruh negara. 2 menganggap sama; mengatakan sama: Ijazah dr universiti tsb diserupakan dgn diploma saja. keserupaan sifat atau keadaan serupa; kesamaan rupa. | Kamus Pelajar |