| sifar(zero) | 1. Kosong. 2. Angka kosong, 0. 3. Salah satu keadaan logik dalam logik perduaan. | Kamus Komputer |
| penindasan sifar(zero suppression) | Tindakan pencetak untuk tidak mencetak aksara sifar yang tidak penting dalam suatu nombor atau sifar lelebih di hujung perkataan terakhir di dalam penimbal cetakan. | Kamus Komputer |
| kata sifar(zero word) | Kata dalam teori pengekodan yang terdiri daripada digit sifar. | Kamus Komputer |
| fungsi sifar(zero function) | Fungsi yang mempunyai nilai sifar untuk semua unsur di dalam domainnya. Fungsi ini ialah fungsi asas dalam teori pengulangan. | Kamus Komputer |
| capaian sifar(zero-access) | Kaedah pencapaian ingatan yang dapat dilakukan dalam waktu sifar. | Kamus Komputer |
| bit sifar(zero bit) | Sel dalam daftar taraf pemproses utama yang akan disetkan menjadi logik 1 jika pengendalian pengiraan terakhir menghasilkan jawapan sifar. | Kamus Komputer |
| bendera sifar(zero flag) | Penunjuk yang biasanya bersaiz 1 bit yang disetkan kepada nilai logik 1 jika daftar yang diuji mengandungi nilai 0, atau pengiraan atau pengolahan yang berhasil dengan nilai 0. | Kamus Komputer |
| sifar capaian(access zero) | Capaian ingatan yang tidak berhasil kerana ketiadaan data yang dicari atau kerana ingatan tidak boleh dicapai. | Kamus Komputer |
| sampukan bilang sifar(zero count interrupt) | Sampukan yang akan dipicu apabila pembilang yang telah digerakkan untuk membilang turun sampai ke tahap bilangan sifar. | Kamus Komputer |
| pengalamatan halaman sifar(zero-page addressing) | Pengalamatan ingatan beberapa jenis mikropemproses yang hanya memerlukan satu bait alamat. Ini disebabkan oleh bait alamat kedua dianggap sebagai sifar dan dengan itu merujuk bahagian halaman sifar peta ingatan. Pengalamatan cara ini membolehkan penggunaan kod suruhan yang lebih pendek dan masa pelaksanaan yang lebih pantas. | Kamus Komputer |