Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerbau kerbau

Puisi
 

Kerbau saya kerbau jantan,
     Dia makan padang senduduk;
Kapur saya kapur intan,
     Jangan dicedok dengan telunjuk.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Seekor kerbau membawa lumpur,
     semuanya terpalit.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).

 

Lihat selanjutnya...(65)

484

A promise is a promise

Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan

Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya

He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise.

Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
adat pemberian atau permintaan keluarga perempuan dlm majlis perkahwinan (kerbau)Seiko 2 kerbau bei penaku sebagai adat.Sebanyak 2 ekor kerbau permintaan keluarga perempuan utk majlis perkahwinan.budayaBajau
engandar mengangkat padi/brg sambil menunggang kerbauGai engandar parai mule meruma.Mereka mengangkat padi menggunakan kerbau utk pulang ke rumah.budayaBajau
kanga sejenis alat yg ditarik oleh kerbau utk mengangkat barangKanga kayu lebih tahan pengangkat barang buat.Alat yg ditarik kerbau utk mengangkat barang diperbuat drp kayu lebih tahan mengangkut brg yg berat.budayaBajau
mbangi pitu’ kenduri arwah hari ketujuh kematianMbangi pitu’ tu nembali kerabau segaa.Pada hari ketujuh kenduri arwah mereka menyembelih kerbau.budayaBajau

Kembali ke atas