Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keranjang atau karung yg digunakan utk membawa barang di atas belakang; masuk ~ tak masuk bilang prb kalau mengerjakan sesuatu yg besar, yg kecil-kecil tidak diperhatiĀ­kan; mengambung membawa dgn ambung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengambung, mengambungkan 1. melambungkan, melemparkan ke atas: ~ bola; 2. mengumbang-ambingkan: kapal itu diambung-ambungkan gelombang spt tem-purung; ~ diri a) menghempaskan diri; b) meninggikan diri, menyombong; 3. = mengambung-ambungkan mengangkat-angkat, menyanjung-nyanjung, memuja-muja: suka diambung-ambungkan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw; mengambung mencium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keranjang yg diletakkan di atas belakang (utk membawa barang-barang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambung

Puisi
 

Air pasang dua kali semalam,
     Ambung-ambung dari hulu;
Adik datang di tengah malam,
     Bunga tanjung berbau dulu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Bermaksud :

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Duduk di ambung-ambung taji.Selalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk ambung tak masuk bilang.Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar.Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. ambung = keranjang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas