Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mustahil, tidak munasabah, tidak beralasan, tidak benar: fitnah yg ~;memikirkan perkara yg ~; bertanya yg ~; melepaskan kata nista yg ~; 2. amat sangat: ~ bodohnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak masuk akal; tidak munasabah; mustahil: Jangan suka menceritakan yg ~. 2 amat sangat; terlalu sangat: Barang ini ~ mahalnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan-bukan

Puisi
 

Hendak dipais bukan todak,
     Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
     Hendak terbang bukan burung.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menggantang asap, mengukir langit.Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angan-angan mengikat tubuh.Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pacat hendak menjadi ular.Orang miskin berlaku seperti orang kaya; mengharapkan yang bukan-bukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki.Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau bunga bukan [= tidak] sekuntum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bukan mati kerana Allah, melainkan kerana olah.Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bukan budak-budak makan pisang.Tidak dapat diperdayakan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Budak-budak makan pisang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bukan air muara yang ditimba, tetapi sudah disauk dari hulunya.Perkhabaran yang benar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pipit bukan seekor, jagung bukan sebatang.Menolak tuduhan tentang sesuatu kejahatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ular bukan, ikan pun bukan.Tidak dapat ditentukan baik atau buruknya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar.Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas