Buruk, buruk kayu gaharu, dibakar berbau juga. | Orang yang setia itu walau miskin sekalipun namanya tetap disebut orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama kayu buruk: buruk di panas, reput di hujan. | Nasib malang yang tak dapat dielakkan lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk perahu buruk pangkalan. | Tak mahu lagi menginjak rumah isterinya atau tempat bekerja yang telah ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk tak tahu akan hinanya. | Orang bodoh atau miskin yang tiada tahu akan kekurangan dirinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk muka cermin dibelah. | Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk dikembang pada orang, elok dipilih sama seorang. | Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu. | Yang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buang kuali ambil belanga. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari semak ke belukar. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buang daun keladi, berselimut daun birah. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |