Rendah gunung tinggi harapan. | Harapan yang sangat besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jadi penghubung mata telinga. | Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi penghubung kaki tangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jadi penghubung kaki tangan. | Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langit runtuh, bumi cair. | Segala harapan sudah musnah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terban bumi tempat berpijak. | Putus harapan kerana kehilangan tempat bergantung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langit runtuh, bumi telah terban. | Segala harapan sudah musnah. (Peribahasa lain yang sama makna: Langit runtuh, bumi cair). terban = runtuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jadi dinding lasak peti manian. | Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Patah kemudi dengan (e)bamnya. | Sudah tak ada harapan lagi. bam = kayu papan balok tumpuan kemudi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. | Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya. asa = harapan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |