Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh meno­long orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunang­an mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; berlangsung 1. berlaku (peperangan, ke­ramaian, dll), diadakan, terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp bersatu (sesudah ber­nikah); keberlangsungan perihal terjadinya sesuatu peristiwa: ~ perjalanan peristiwa; melangsung, melangsung-langsung tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (per­jalanan dll), terus-menerus; melangsungkan 1. melakukan, mengerja­kan, mengusahakan: kedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu; 2. meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dll): kalimat-kalimat itu tidak mempunyai daya utk ~ rasa penyair kpd pembacanya; terlangsung 1. telah dikerjakan atau dilak­sanakan; 2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dll); ~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik; kelangsungan perihal berterusan atau ber­lanjutan, kelanjutan, kesinambungan: se­muanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; perlangsungan perihal berlangsungnya se­suatu perkara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 terus dan tidak berantara; lantas: Dia mencapai tuala mandi ~ ke perigi. 2 tidak tergendala; jadi: Pertandingan itu tidak ~ kerana hari hujan. 3 tepat dan tidak menyimpang: Dlm pertikaian ini, kami terlibat secara ~. 4 sedikit pun; sama sekali: Dia tidak mengambil berat ~ ttg hal rumah tangganya. berlangsung 1 berlaku; terjadi: Majlis perkahwinan itu sudah ~ malam tadi. 2 terus berlaku; tidak berhenti: Peperangan itu ~ hingga beberapa bulan. melangsungkan 1 melaksanakan atau mengerjakan: Pak Ahmad akan ~ majlis perkahwinan anaknya pd hujung minggu ini. 2 meneruskan (bantahan, rayuan dll); memanjangkan. terlangsung terlanjur atau terdorong (bkn kata, motokar, perahu dll); terlajak; terlepas: Motokarnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langsung
1. Dalam konteks siaran
bersinonim dengan terus, terus-menerus,
(adverba:)

2. Bersinonim dengan lantas
( lalu, terus, lanjar, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan selama-lamanya
( kekal, terus, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan sama sekali
( sedikit pun)
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan,

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Hendak menuju pergi Kemboja;
Jika sudah terkata langsung,
     Mahal dan murah ikut harga.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Nak menangguk ikan,
     tertangguk ke batang.

Bermaksud :

Hendak laba, langsung jadi rugi.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hendak masak langsung hangus.Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu langit, b. Terlampau panggang jadi hangus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang.Hendak laba, langsung jadi rugi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada.Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak dapat dibetulkan.Hendak laba, langsung jadi rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak harum terlalu hangit.Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak masak langsung hangus, b. Terlampau panggang jadi hangus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak tinggi terlalu, jatuh.Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak panjang terlalu, patah.Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlampau panggang jadi hangus.Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas