Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. memagut atau men­catuk (biasanya dgn paruh): ayam ~ cacing; mati dipatuk ular; 2. memukul (picu atau petikan bedil): picu yg dipetiknya tidak ~ pd kali itu; ayam tak patuk, itik tak sudu prb dlm keadaan hina (tidak dipedulikan orang); ayam ~ anaknya prb memukul (menghukum) anak dll bu­kan utk menyeksa tetapi utk mengajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 memagut dgn paruh; mencatuk: Ayam ~ cacing. 2 memukul ke depan (bkn picu senapang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patuk
Kata Terbitan : mematuk,

Puisi
 

Helang laut helang jambangan,
     Helang di darat mematuk padi;
Kalau diikut mata timbangan,
     Sama berat baru menjadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti kerbau menanduk anak,
     dengan kaparan tanduk,
bukan dengan hujungnya.

Bermaksud :

Marah bapa akan anaknya itu tiada sampai membahayakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam patuk [= mematuk] anaknya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti ayam patuk (= mematuk) anaknya.Menghukum anak: bukan untuk menyiksa, tetapi untuk memperbaiki kelakuan anak itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kerbau menanduk anak, dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujungnya.Marah bapa akan anaknya itu tiada sampai membahayakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam patuk [= mematuk] anaknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas