Seperti kena pedang bermata dua. | Sakit hati kerana disindir. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena parang bermata dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berat beban yang sedikit dek hati sakit. | Kerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh. | Lain yang disindir lain yang merasa hati; lain yang berbuat salah lain pula yang merasa susah. menyiuk (siuk) = menarik nafas kerana sakit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |