Mujur Pak Belalang. | Beruntung secara kebetulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan turun ke ribaannya. | Beruntung besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Bulan jatuh di ribaannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan jatuh di ribaannya. | Beruntung besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jatuh di atas tilam. | Beruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Padi setangkai bernas semuanya. | Keluarga yang hidupnya beruntung dan berbahagia. bernas = berisi penuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang dulu mendapat, yang kemudian ketinggalan. | Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |