Sebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga. | Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab mutiara sebiji, lautan yang dalam diselam orang. | Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab mulut leher terjerat. | Kecelakaan yang timbul kerana percakapan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper. | Kerana sayang pada seorang saja, disia-siakan keluarga yang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab budi boleh kedapatan. | Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab buah dikenal pohonnya. | Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun mengenalkan pohonnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab berkelahi dengan perigi, akhirnya mati dahaga. | Kerana melawan perintah (menentang) orang yang berkuasa akhirnya mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab bahasa menunjukkan bangsa. | Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. | Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau ditakuti sebab giginya. | Orang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |