| Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga. | Kalau asalnya tidak baik maka kesudahannya pun tentu tidak baik juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Embacang buruk kulit. | Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tebas buluh serumpun. | Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hari ini patutlah redup (= panas keras). | Mengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bila 'dah merah: kunyit salahkan kapur, kapur salahkan kunyit. | Apabila telah berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik, maka satu sama lain salah menyalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus. | Indah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dikerkah dia menampar pipi, dibakar dia melilit puntung. | Tidak mahu mendiamkan diri terhadap perlakuan yang tidak baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |