Seperti batang mengkudu, dulu buah daripada bunga. | Menyangka telah dapat memiliki sesuatu yang belum pasti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti bangsi buluh perindu. | Suara yang lemah lembut dan merdu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti bangau kasihkan kerbau. | Bersahabat kerana ada kepentingan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti badak terentak. | Orang tambun dan hodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sambil menyelam minum air. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ayam termakan rambut. | Bunyi nafas yang sesak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ayam patuk (= mematuk) anaknya. | Menghukum anak: bukan untuk menyiksa, tetapi untuk memperbaiki kelakuan anak itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ayam makan rumput. | Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. | Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ayam gadis bertelur. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan terhenti-henti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |