Seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu: hinggap ke batang, batangnya mati; hinggap ke ranting, rantingnya patah. | Orang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang. | Hidup melarat, terkatung-katung kian ke mari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti daun delima dengan bunganya. | Hidup yang tiada berguna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti cincin dengan permata. | Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti cicak kering. | Rupa orang di dalam sakit (kurus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sampah jangan ditendang disepak. | Orang-orang yang miskin jangan dihinakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan. | Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti cicak makan kapur. | Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang hati; gembira. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti cicak makan kaper. | Orang yang rakus. kaper = kupu-kupu kecil yang terbang malam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti cebok (= gayung) dengan tempayan. | Ibu bapa menghimpunkan harta, anaknya menghabiskan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |