Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Air daun

Puisi
 

Daun pandan bunga melati,
     Rendam di air waktu pagi;
Baik cari bidan yang reti,
     Anakku lahir tak lepas lagi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Daun keladi dimandikan.

Bermaksud :

Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai air daun talas (= keladi).Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah. (Bandingkan dengan: Air di daun keladi [= talas]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daun keladi dimandikan.Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalis bagai air di daun keladi.Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu). kalis = tidak berbekas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air di daun keladi (= talas).Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai air titik ke batu, b. Kalis bagai air di daun keladi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menangis daun bangun-bangun hendak sama dengan ilir-air.Keinginan yang bukan tempatnya kerana hendak menyamai orang yang lebih daripada dirinya. bangun-bangun dan ilir-air = sebangsa tumbuh-tumbuhan yang hampir sama daunnya, tetapi urat daun ilir-air harum baunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tulisan di atas air.Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencurah air di daun keladi.Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur.Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai air titik ke batu.Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Taruh air di atas daun keladi.Mempercayakan rahsia kepada orang yang bodoh atau pengecut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas