Setikar seketiduran. | Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, f. Selauk senasi, g. Seperti dua senyawa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Selauk senasi. | Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sarang tabuhan jangan dijolok. | Jangan sengaja mencari kesusahan. (Bandingkan dengan: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti dua senyawa. | Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, f. Selauk senasi, g. Setikar seketiduran). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sejiwa dua tubuh. | Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, d. Selauk senasi, e. Seperti dua senyawa, f. Setikar seketiduran). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertiraikan banir. | Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua, c. Bertilam pasir). banir = akar yang tumbuh pada pangkal pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertilam pasir. | Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tupai bergelut. | Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai kucing main daun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cembul dengan tutupnya. | Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan tudung saji, c. Seperti telap dengan tudungnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dua badan senyawa. | Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Satu nyawa dua badan, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |