Teperlus maka hendak menutup lubang. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertiraikan banir. | Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua, c. Bertilam pasir). banir = akar yang tumbuh pada pangkal pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Setikar seketiduran. | Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, f. Selauk senasi, g. Seperti dua senyawa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Selauk senasi. | Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dua badan senyawa. | Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Satu nyawa dua badan, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Satu nyawa dua badan. | Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti dua senyawa. | Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, f. Selauk senasi, g. Setikar seketiduran). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sejiwa dua tubuh. | Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, d. Selauk senasi, e. Seperti dua senyawa, f. Setikar seketiduran). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai dulang dengan tudung saji. | Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai cembul dapat tutupnya. | Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |