Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr negeri China (Tiongkok), Tionghua; ~ buta ki lelaki yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suami­nya, kemudian diceraikannya supaya perem­puan tersebut dapat berkahwin semula dgn bekas suaminya, muhalil; ~ peranakan a) keturunan orang Cina dgn orang dr bangsa lain; b) = ~ peranakan Malaya orang Cina yg dilahirkan di Malaya; memperjuali orang ~ penjahit prb mengajar orang yg sudah memang pandai; kecinaan yg berkaitan dgn orang atau bangsa Cina: lukisan berus cina menggambarkan estetika ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cina I

Puisi
 

Sirih cina jambangan cina,
     Lalu dibungkus di dalam kertas;
Saja rupa adik tak bena,
     Di dalam hati haram tak lepas.


Lihat selanjutnya...(181)
Peribahasa

Galas terdorong kepada Cina.

Bermaksud :

Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Gadai terdorong ke [pada] Cina).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Riuh seperti Cina karam.Bercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Riuh gigil seperti Cina kayuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Galas terdorong kepada Cina.Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Gadai terdorong ke [pada] Cina).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunyi Cina karam.Ramai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memperjuali orang Cina penjahit.Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengajar buaya berenang, b. Mengajar limau berduri, c. Orang tua diajar makan pisang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Riuh gigil seperti Cina kayuh.Bercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. gigil = bergoncang, gementar keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gadai terdorong ke (pada) Cina.Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengadu kucing dengan babi.Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengajar limau berduri.Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memperjuali orang Cina penjahit, b. Mengajar buaya berenang, c. Orang tua diajar makan pisang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengajar buaya berenang.Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memperjuali orang Cina penjahit, b. Orang tua diajar makan pisang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang tua diajar makan pisang.Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memperjuali orang Cina penjahit, b. Mengajar buaya berenang, c. Mengajar limau berduri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas