| Mengukur baju di badan sendiri. | Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengenakan baju di badan maka sesuai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengenakan baju di badan maka sesuai. | Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ukur baju di badan sendiri. | Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang. | Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Ukur baju di badan sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, f. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana. | Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersandar di batang rengas, gatallah badan. | Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |