| Kalau bersahabat cari sama babat. | Pilihlah kawan daripada golongan sendiri. babat = pasang, suku, golongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti paruh dengan kepak. | Dua golongan yang berlainan tetapi bekerjasama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berek-berek laga siang, malam sekelelapan. | Dua golongan yang lahirnya selalu berselisih tetapi batinnya semuafakat. berek-berek = burung yang suka berkawan-berkawan; sekelelapan = tidur bersama-sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sehari kahwin, sehari tua; sehari beranak, sehari gila. | Orang muda yang sudah kahwin dianggap sudah masuk golongan tua (fikiran dan kelakuan), pada waktu dapat anak gembiralah ia seperti gila. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |