Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kd, Pl, Pn bp awak, engkau (utk yg sama taraf): ~ ni nak melawak saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Hang I

Puisi
 

Anak merbah di paya Tuk Barat,
     Pakai kain dua seragi;
Hang tak megah aku tak minat,
     Orang lain ramai lagi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Hang tak kurang sanggul,
     aku tak kurang tengkolok.

Bermaksud :

Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mulut hang lebih daripada gedembai.Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. hang = engkau; gedembai = gergasi, raksasa yang mengubah orang menjadi batu kalau kena tegurannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok.Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut kamu harimau kamu, mengerkah batu kepala kamu.Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mulut hang lebih daripada gedembai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas