Masuk lima keluar sepuluh. | Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lima belas dengan tengah dua puluh. | Sama saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela. | Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengadu buku jari (= buku lima). | Berkelahi dengan menggunakan tinju. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang itu empat gasal, lima genap. | Orang yang suka berbantah dan berlainan faham daripada orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima. | Melakukan pekerjaan yang sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menggantang anak ayam, b. Menggantang asap, mengukir langit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menyukat belut hidup. | Melakukan pekerjaan yang sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima, b. Menggantang anak ayam, c. Menggantang asap, mengukir langit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggantang anak ayam. | Melakukan pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima, b. Bagai menyukat belut hidup). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk tiga, keluar empat. | Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh. | Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |