Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : isteri atau suami kpd anak sendiri: Mak Tijah keberatan utk menerima Karim sbg ~nya; bermenantu mempunyai menantu: tidak lama lagi dia akan ~ pula; bermenantukan mempunyai seseorang sbg menantu, mengambil akan menantu: kalau kita ~ anak orang senang, banyak olahnya dan cerewetnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : isteri atau suami kpd anak sendiri. bermenantu mempunyai menantu. bermenantukan mempunyai seseorang sbg menantu; mengambil sbg menantu: Ia ~ orang yg terpelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata MENANTU

Puisi
 

Naik bukit terkedok-kedok,
     Hendak cari damar batu;
Habis kering bergadai golok,
     Hendak sambut anak menantu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Anak seorang,
     menantu malim.

Bermaksud :

Sangat berbahagia. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak baik, menantu molek). malim = ahli agama.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Anak baik, menantu molek.Sangat berbahagia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak seorang, menantu malim.Sangat berbahagia. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak baik, menantu molek). malim = ahli agama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lihat anak pandang menantu.Menganggap orang lain sama saja dengan dirinya sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pukul anak sindir menantu.Mengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rosak anak oleh menantu.Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Karam sambal oleh belacan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu.Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Karam Kampar oleh Kuantan.Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Rosak anak oleh menantu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Karam sambal oleh belacan.Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Rosak anak oleh menantu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas