| Mustahil tak berluluk mengambil cekarau. | Mustahil mendapat kesenangan tanpa berusaha. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema. | Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Burung yang liar jangan dilepaskan; khabar yang mustahil jangan didengarkan. | Jangan percaya akan sesuatu yang kita belum tahu dengan sahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Langkas buah papaya. | Suatu perkara yang mustahil. langkas = luruh kerana terlampau masak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencari penjahit dalam rumput. | Pekerjaan yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ara tak bergetah. | Suatu perkara yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di manakah berteras kayu mahang. | Sesuatu yang mustahil tak usah diharapkan sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bila pula biawak duduk? | Pertanyaan untuk sesuatu yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bercintakan geliga di mulut naga. | Mengharapkan sesuatu yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gila di abun-abun. | Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil. abun-abun = angan-angan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |