| Bagai keluang bebar petang. | Ramai-ramai berkerumun; suka hidup beramai-ramai. bebar = terbang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bunyi Cina karam. | Ramai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai. | Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai bunyi perempuan di air. | Ramai (= riuh) sekali. di air = di tempat mandi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai langau mengerumuni bangkai. | Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai anak-anai bubus. | Keluar beramai-ramai, berduyun-duyun. bubus = keluar banyak bersama-sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biawak kudung masuk kampung. | Orang jahat yang dikenal ramai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tiada terkajang batu di pulau. | Tiada terlayan kehendak orang ramai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai. | Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti lut dengan marakah. | Orang yang lebih pengetahuan selalu menjadi pemimpin orang ramai. lut = batu duga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |