Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,

Puisi
 

Pisang raya samanya raya,
     Pisang kulilit masak di hujung;
Tuan kaya samalah kaya,
     Kami miskin mencari untung.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Jalan raya titian batu.

Bermaksud :

Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bunga raya kembang pagi.Muka yang merah padam kerana terlalu marah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jalan raya titian batu.Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti bunga raya kembang pagi.Muka yang merah padam kerana marah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka.Gembira oleh kerana mendengar pujian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gedang gerundang di kubangan, gedang ikan raya di lautan.Tiap-tiap orang besar (mulia) di tempatnya masing-masing. gerundang = berudu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya.Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak orang gombang di lebuh.Congkak di tengah jalan tetapi rumah tangganya tidak sempurna. gombang = elok; lebuh = jalan raya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas