Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tetapi (kata tugas)
Bersinonim dengan namun, sebaliknya, melainkan, kecuali.,

Peribahasa

Batu hitam tak bersanding.

Bermaksud :

Walaupun kelihatannya lemah tetapi sukar mengalahkannya. (Bandingkan dengan: Batu bulat tak bersanding).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan.Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batu hitam tak bersanding.Walaupun kelihatannya lemah tetapi sukar mengalahkannya. (Bandingkan dengan: Batu bulat tak bersanding).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang di mata di hati jangan.Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti burung gagak pulang ke benua.Walaupun telah keluar negeri, tetapi tidak berubah, keadaannya sama saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil-kecil beliung, tumbang juga kempas yang besar.Walaupun orang itu kecil tetapi dapat juga ia mengalahkan orang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya.Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana.Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penyu itu bertelur beribu-ribu, seorang pun tidak tahu; ayam bertelur sebiji, pecah khabar sekampung.Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas