Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia. | Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, sewaktu-waktu dapat dipecat dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berdiang di abu dingin. | Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalah jadi abu, menang jadi arang. | Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah jadi abu arang. | Rosak sama sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti sumpit abu ditegakkan. | Orang gemuk, pendek dan lembam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terpegang di abu hangat. | Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Basuh tangan petap abu. | Berharapkan sesuatu benda daripada orang yang bakhil, tentulah mustahil. petap = mengeringkan sesudah dibasahi; tekap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bakar air hendakkan abu. | Pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas. | Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bakarlah air ambil abunya. | Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bakar air hendakkan abu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |