Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bu.a.bu] | ابو٢

Definisi : ikan ~ Id sj ikan laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu.a.bu] | ابو٢

Definisi : Id warna kelabu; keabu-abuan berwarna agak kelabu, ke­ke­labu-­kelabuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abu-abu

Puisi
 

Cik Abu orang Peringgit,
     Siang malam main perahu;
Buku tebu boleh kugigit,
     Buku buluh belum tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berdiang di abu dingin.

Bermaksud :

Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia.Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, sewaktu-waktu dapat dipecat dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berdiang di abu dingin.Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalah jadi abu, menang jadi arang.Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah jadi abu arang.Rosak sama sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti sumpit abu ditegakkan.Orang gemuk, pendek dan lembam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terpegang di abu hangat.Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Basuh tangan petap abu.Berharapkan sesuatu benda daripada orang yang bakhil, tentulah mustahil. petap = mengeringkan sesudah dibasahi; tekap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bakar air hendakkan abu.Pekerjaan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas.Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bakarlah air ambil abunya.Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bakar air hendakkan abu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas