| Raja adil raja disembah, raja tak adil (= zalim) raja disanggah. | Raja yang adil disayangi dan raja yang tak adil dilawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Timbangan berat sebelah. | Tidak adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Duduk dengan cupak dan gantang. | Ketua yang adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bak ajung berat sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai perahu karam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai limau masam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gagak lalu punggur rebah. | Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Matahari itu, gunung dan lembah sama diteranginya. | Pemerintah yang adil menjalankan hukuman yang sama rata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Neraca yang palingan, bungkal yang piawai. | Hakim yang sangat adil. piawai = pandai, cakap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tegak pada yang datar. | Berani kerana benar; sikap yang adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |