| Murai biasa berkicau. | Ahli dalam lapangannya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tertawa dalam perkabungan. | Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ayam itik, raja pada tempatnya. | Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jikalau beranak ikut kata bidan. | Turutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anak kera hendak diajar memanjat. | Hendak mengajar orang yang sudah ahli. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang. | Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kemahiran itu sebaik-baik guru. | Sesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anak seorang, menantu malim. | Sangat berbahagia. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak baik, menantu molek). malim = ahli agama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai. | Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masuk geronggang bawa pelita. | Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |