Air besar, batu bersibak. | Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. sibak = cerai, menepi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lekuk batu dititik air selalu. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air di daun keladi (= talas). | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai air titik ke batu, b. Kalis bagai air di daun keladi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Daun keladi dimandikan. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai air titik ke batu. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tulisan di atas air. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalis bagai air di daun keladi. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu). kalis = tidak berbekas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu yang keras air pelekuknya; hati yang keras lidah pelembutnya. | Orang yang keras hati dapat dipujuk dengan perkataan yang lemah-lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Moncong penuh oleh air, perut berisi batu. | Tidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |