Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air sungai

Puisi
 

Hendak mandi paip berkunci,
     Turun ke sungai air pun masin;
Satu intan satu baiduri,
     Di mana boleh dipakai cincin?


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Suak,
     sungai satu air.

Bermaksud :

Sepupu yang berasal daripada satu keturunan. suak = teluk kecil.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Air mudik sungai, semua teluk diranai.Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. ranai = jalani (boleh jadi ranahi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Suak, sungai satu air.Sepupu yang berasal daripada satu keturunan. suak = teluk kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air didih menganak sungai.Hiburan yang sangat mewah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar.Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkayuh sambil bertimba, b. Berkayuh sambil ke hilir, c. Ke sungai sambil mandi, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air, h. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, i. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). memapan = memasang papan untuk dinding, lantai dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas