| Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut. | Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pasir di tepi pantai, (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan. | Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak. | Dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. | Nasib manusia tidak dapat ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |