| Biar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali. | Lebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bengkok batang bengkoklah bayangnya. | Mengikut ajaran yang salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menyurat di atas air. | Memberi ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menulis di atas air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menulis di atas air. | Memberi ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyurat di atas air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Daun keladi dimandikan. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti lurus-lurus telunjuk. | Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencurah air di daun keladi. | Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai air titik ke batu. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai tulisan di atas air. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air di daun keladi (= talas). | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai air titik ke batu, b. Kalis bagai air di daun keladi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |